in , ,

Dana Untuk IFTAR AL-AQSA Bersama Zoey Rahman & Siti Nordiana

Setiap tahun pada bulan Ramadhan Masjid al-Aqsa di Palestin akan dipenuhi oleh umat Islam beribadah dan mengambil keberkatan di bulan yang penuh seribu rahmat.

Seperti Masjid Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, al-Aqsa juga menjadi tumpuan umat Islam terutama pada 10 malam terakhir. Mereka menghidupkan Ramadhan dengan beriktikaf sehingga selesai mengerjakan solat tarawih berjemaah.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, pelakon Zoey Rahman dan penyanyi yang sedang naik Siti Nordiana ingin mengajak peminat dan umat Islam meraikan saudara-saudara kita yang beriktikaf di masjid al-Aqsa dengan memberi sumbangan bagi penyediaan juadah berbuka puasa.

Dana Untuk Iftar Al-Aqsa Bersama Zoey Rahman & Siti Nordiana

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR.Tirmidzi

Masjid al-Aqsa adalah satu antara 3 masjid utama bagi umat Islam, namun ia tidak bebas seperti Masjid Haram dan Masjid Nabawi kerana ia dikawal oleh tentera Zionist. Oleh itu Zoey Rahman dan Siti Nordiana mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al Mubarak untuk mengajak masyarakat Malaysia bersama-sama menyumbang kepada projek menyediakan juadah berbuka puasa untuk jemaah di Masjid Al Aqsa. Moga dengan hanya RM50, Ramadhan tahun ini memberi rahmat dan keberkatan kepada hidup kita.

Berbanding dengan menyambut Ramadhan di Malaysia yang penuh kemudahan dan kemewahan ketika waktu berbuka. Rakyat Palestin hanya menyambut dengan kadar serderhana. Moga dengan sumbangan rakyat Malaysia, kita dapat mengurangkan beban mereka dan memberikan senyuman pada wajah mereka.

Kepada yang berminat boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank “Ukhwah for Ummah (U4U)” 5647 9912 4590 atau boleh kunjungi laman sesawang www.ukhwahforummah.org untuk membuat sumbangan atas talian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem WAR FOR THE PLANET OF THE APES

Trailer Filem COCO Terbaru Dari Disney