in

Ida Nerina Masih Belum Sembuh

Mengikut sumber ini, ada yang bertemu dengan pelakon Ida Nerina di Bangsar yang masih menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Masih belum sembuh… dan semoga Ida Nerina cepat sembuh…

Ida Masih Belum Sembuh?

Pasti ramai yang hendak tahu ke mana menghilangnya Ida Nerina selepas dia terlibat dengan kemalangan yang mencederakan tulang belakangnya tidak lama dahulu. Apa tidaknya, selepas insiden itu, dia langsung tidak muncul dalam mana-mana acara. Malah, sejak berita perceraiannya dengan bekas pemain drum kumpulan Black Rose, Shahrin Razali diperkatakan, Ida langsung tidak tampil memberi sebarang komen.

Mengapa begitu? Hasil risikan Cik Andalusia daripada beberapa pihak, ada yang mengatakan Ida masih belum sembuh daripada kecederaannya itu. Sebab itulah dia tidak mahu bertemu dengan pihak media memandangkan dia masih bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak ke sana ke mari. Tetapi ada juga yang kata Ida sudah sembuh dan kini hanya berehat di rumah. Mana satu yang betul ni?

Hendak dijadikan cerita, baru sebentar tadi rakan Cik Andalusia menelefon untuk menyampaikan apa yang telah dilihat olehnya. Menurut rakan Cik Andalusia itu, dia baru sahaja terserempak dengan Ida di salah sebuah pusat membeli-belah di Bangsar. Ida dilihat masih menggunakan kerusi roda dan perlu dibantu rakan-rakan untuk memudahkan pergerakkan. Jadi, betullah khabar yang mengatakan Ida belum sembuh? Kesiannya!

Yelah, kalau betul Ida sudah sembuh kenapa dia hendak gunakan kerusi roda? Setahu Cik Andalusia, Ida bukan jenis orang yang suka meraih simpati. Seboleh-bolehnya dia mahu orang tahu dia seorang yang cekal dan kuat semangat!

Apa pun, Cik Andalusia doakan agar Ida cepat-cepat sembuh. Sudah rindu hendak lihat lakonannya di layar perak.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Cinta Pelakon Mudah Beralih Arah

Drama Kasih Zahra Lakonan Lisdawati, Zamarul Hisham