in , ,

Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Sebulan Ditidurkan

Salam takziah buat Syamel dan keluarga di atas pemergian ibu tercinta, Wan Faaizah Karim yang telah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta, di sini pada jam 10.09 malam tadi. Al-Fatihah.

Ibu penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55 telah menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu.

Berita pemergian arwah ibunya disahkan oleh Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,”

– Syamel
Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Sebulan Ditidurkan

Menurut Syamel, dia juga memohon keampunan daripada Allah dan berharap ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana. 

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,”

– Syamel
Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Sebulan Ditidurkan

Memetik laporan Berita Harian, Syamel mengakui sedih dengan pemergian ibu tercinta namun reda dengan takdir dan ketentuan yang telah tertulis. Jelas Syamel lagi, jenazah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.

“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.

“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,”

– Syamel
Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Sebulan Ditidurkan

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.

“Saya sedang menguruskan beberapa perkara berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan hospital dalam situasi pandemik COVID-19.

“Selepas itu, barulah jenazah arwah Umi akan dibawa ke surau berdekatan di kawasan kediaman.

“Insya-Allah, jenazah Umi akan dikebumikan pada tengahari,”

– Syamel
Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Sebulan Ditidurkan

Perkongsian itu mendapat perhatian pengikut termasuk rakan selebriti yang mendoakan Syamel dan keluarga tabah menghadapi ujian kehilangan itu.

Menjengah di ruang komen Instagram suami kepada penyanyi Ernie Zakri, rata-rata rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ibu tercinta.

Antaranya, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Anuar Zain, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Sempena Kemerdekaan di TV3, TV9, 8TV & ntv7 Tahun 2021

Kerana Gagal Lagi Jadi PM, Timbul Pula Desakan Ini Kepada Anwar Ibrahim