in ,

Ibu Penyanyi Awie Wings Meninggal Dunia

Salam takziah dari Budiey.com buat abang Awie dan seluruh keluarga. Semoga ruh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan orang yang soleh. Al-Fatihah.

awie

Berita terbaru yang Budiey terima pada pagi ini, ibu kepada penyanyi yang juga vokalis Wings iaitu Awie; Hajah Azizah Abd Hamid telah kembali ke rahmatullah pada jam 8 pagi tadi di rumah kediaman Awie di Ukay Perdana.

awie-poyo

Diberitakan Allahyarhamah meninggal dunia kerana sakit tua. Ibu Awie dilahirkan pada tahun 1939 dan mempunyai lima orang anak. Awie anak yang ke-3 dan allahyarhamah mempunyai 16 orang cucu.

Jenazah akan dimandikan di rumah Awie dan akan dikebumikan di Cheras selepas solat Jumaat pada hari ini.

Menurut sumber sejak krisis rumahtangga penyanyi rock ini, ibu dan kakak tinggal bersama Awie.

Salam takziah dari Budiey.com buat abang Awie dan seluruh keluarga. Semoga ruh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan orang yang soleh. Al-Fatihah.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kembara Umrah VIP Muhasabah Cinta 2015

FOX International Channels Memilih Vineet Puri