in , ,

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia Akibat Sakit Buah Pinggang & Paru Paru

Ibu penyanyi Khai Bahar, Rosnah Muhammad, 61, disahkan meninggal dunia malam tadi di Kangar, Perlis.

Khabar duka itu dikongsi pengurus penyanyi itu, Rizal, menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

“Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” tulisnya.

Ibu Khai Bahar Meninggal Dunia Akibat Sakit Buah Pinggang & Paru Paru

Khai sebelum ini memaklumkan kesihatan ibunya merosot akibat penyakit buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru.

Sementara itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, sempat memuat naik rakaman di media sosial yang menunjukkan dia sedang dalam perjalanan pulang menaiki bot.

Khai menerusi rakaman itu gagal menahan sebak selain meninggalkan kapsyen ‘mak’ pada video berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Risau Tunggang Kuda Dalam Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Siri Samsung Galaxy S24 Bakal Diperkenal 18 Januari di Galaxy Unpacked 2024