in ,

Ibu Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Salam takziah dari kami di budiey.com. Al-Fatihah.

Afdlin Shauki

Salam takziah. Ibu kepada pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki, Fadzilah Jelani meninggal dunia akibat komplikasi berikutan pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, 5.56 petang semalam.

Untitled

Salam Takziah Semoga Afdlin Shauki Tabah

Pengurus Afdlin, Marcella berkata, arwah dimasukkan ke IJN pada 7 Oktober lalu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Arwah menjalani pembedahan selepas dua hari di hospital iaitu pada 9 Oktober,”

Marcella berkata, pembedahan itu bagi membetulkan masalah jantung tersumbat arwah yang berusia 70 tahun.

“Jenazah ibu Afdlin selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, 10.30 pagi tadi,”

Difahamkan arwah sudah beberapa kali menjalani rawatan akibat diserang penyakit jantung.

Semalam, Afdlin menerusi Instagram memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir di IJN.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman,”

Salam takziah dari kami di budiey.com. Al-Fatihah.

Sumber: Instagram & Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Celcom Tawar Jualan iPhone XS, iPhone XS Max, Apple Watch Series 4 (GPS)

AirAsia Menang Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia