in

Gambar Sekitar TAPAUfest 2014

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV baru-baru ini telah memberikan sokongan buat TAPAUfest 2014, festival belia kreatif selama satu (1) hari untuk meraikan golongan belia Malaysia yang mempunyai bakat kreatif yang terbaik.

Acara yang diadakan di Quarry Park Botanical Garden, Georgetown, Pulau Pinang itu telah dianjurkan oleh Ikan Paos Kolektif Sdn Bhd. Penganjuran acara tersebut menjadi kenyataan melalui sumbangan dana daripada orang ramai melalui aktiviti-aktiviti on-ground dan ikrar online menerusi hashtag #iniKITApunya #katesapot di mana pihak penganjur berjaya mengumpulkan hampir RM90,000. Selain daripada penajaan korporat, rakan-rakan, keluarga dan orang ramai turut berikrar untuk memberikan sokongan sepenuhnya dalam mencapai misi acara ini.

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

Projek akujanji yang berlangsung selama 30 hari dan dihoskan oleh pitchIN ini telah mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan apabila HyppTV telah tampil memberi sumbangan terbesar, hanya lima (5) minit sebelum tamatnya tempoh projek ini. HyppTV turut dinobatkan sebagai rakan kongsi utama bagi TAPAUfest 2014.

Bercakap mengenai sokongan HyppTV terhadap acara tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata:

“Kami berharap dengan sokongan yang kami berikan untuk TAPAUfest 2014 akan menyuntik semangat bagi menjadikan festival pertama seumpama ini di Malaysia suatu kejayaan, dalam menggalakkan lagi perkembangan bakat-bakat kreatif baru di kalangan belia, dan pada masa yang sama menyediakan platform kepada mereka untuk mempamerkan bakat dan kreativiti.”

“Kami turut teruja untuk mempromosikan kandungan kreatif tempatan di HyppTV dan sebagai permulaannya, kami telah menjanjikan sumbangan untuk TAPAUfest 2014. Ini hanyalah permulaan kepada hasrat kami untuk melahirkan komuniti kreatif tempatan,“ tambah beliau.

Ahmad Faris, Pengarah Kreatif, Ikan Paos Kolektif, berkata, “Sebagai festival belia kreatif hasil daripada sumbangan orang ramai yang pertama di Malaysia, kami amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh HyppTV dan orang ramai dalam usaha mereka untuk menjadikan festival ini satu kenyataan. Kami amat kagum dengan jumlah sokongan yang kami terima daripada komuniti belia kreatif dan penyokong-penyokong mereka.”

Setelah dua tahun mencuba, pasukan Ikan Paos Kolektif akhirnya berjaya merealisasikan TAPAUfest dengan sokongan orang ramai untuk mengadakan festival yang berlangsung selama satu hari dengan mengetengahkan dan meraikan bakat-bakat kreatif belia terbaik di Malaysia.

“TAPAUfest tidak akan menjadi kenyataan jika HyppTV tidak menunjukkan kepercayaan mereka terhadap para belia, sesuatu yang jarang dilihat di kalangan jenama korporat lain. Dengan sokongan yang diberikan, kami mampu menyediakan platform untuk meraikan dan mempamerkan bakat-bakat kreatif di Malaysia dan bersatu dalam mewar-warkan kepada masyarakat dan ke seluruh dunia.

Terdapat banyak aktiviti telah disusun pada majlis tersebut dengan lima (5) ruangan yang dikhususkan untuk mempamerkan kepelbagaian budaya belia. Ruangan tersebut adalah WARUNG – untuk makanan tempatan terbaik Pulau Pinang, PASAR – untuk jenama pakaian dan aksesori tempatan, BENGKEL – untuk forum kreatif dan aktiviti permainan tradisional, LAYAR – untuk tayangan filem-filem dan siri tempatan dan PENTAS, dikuasakan oleh iConcerts HD (HyppTV Saluran 603) – pentas untuk persembahan muzikal dari 11 band tempatan seperti GoGerila, Kyoto Protocal, Oh Chentaku dan banyak lagi.

Acara yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 malam telah dihadiri oleh lebih daripada 3,000 orang terutama golongan belia dari kawasan utara.

Ikan Paos Kolektif merupakan agensi kreatif kecil yang sentiasa meneroka ruang bekerjasama dengan bakat-bakat besar. Dari konsep ke kempen, syarikat ini berkepakaran dalam antara lainnya ialah kandungan video yang memberi tumpuan kepada belia, menghasilkan rancangan TV, video muzik (pemenang AIM untuk Video Muzik Terbaik 2012), iklan dan dokumentari. Menerusi penglibatan dengan komuniti kreatif tempatan, pasukan IkanPaos Kolektif juga merupakan orang kuat di sebalik TAPAUtv –TV dalam talian percuma yang berhasrat mewakili masyarakat belia kreatif Malaysia dan TAPAUfest, festival tahunan yang meraikan dan mempamerkan bakat-bakat kreatif Malaysia muda yang terbaik.

HyppTV menawarkan kepada pelanggannya sejumlah 117 saluran dengan 34 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – terdiri daripada 50 saluran premium, 28 saluran percuma termasuk 8 Saluran Radio, 18 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 21 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang boleh dinikmati oleh penonton tanpa gangguan cuaca menerusi pakej-pakej UniFi dan Streamyx kediaman dan perniagaan. Pelanggan HyppTV boleh menikmati hiburan bertaraf antarabangsa melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

HyppTV Menyokong TAPAUfest 2014

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Star Radio Anjur Kempen Championing Children

David Blaine Real or Magic Asia Tour Live in Malaysia 2014