Hypershell X Series Rasmi Di Malaysia – Permulaan Baru Untuk Semua Penggemar Aktiviti Luar
Bila bercakap tentang teknologi masa depan, biasanya kita bayangkan watak-watak dalam filem aksi atau superhero yang mampu bergerak pantas dengan bantuan kostum canggih. Tapi, sekarang semua itu bukan sekadar fantasi lagi. Hypershellakhirnya melancarkan siri eksoskeleton X Series mereka secara rasmi di Malaysia – menandakan langkah besar dalam dunia mobiliti manusia.
Tak kisahlah anda seorang pengembara tegar, atlet sukan ekstrem, atau sekadar pencinta alam yang suka hiking di hujung minggu, inilah peluang anda untuk alami sendiri teknologi eksoskeleton yang sebelum ni hanya wujud dalam imaginasi.
X Series: Mobiliti Luar Biasa Dengan Kuasa AI – Pilihan Go X, X Pro, Carbon X
Setiap model X Series – Go X, X Pro, dan Carbon X – direka dengan matlamat utama untuk memperkasakan pergerakan manusia. Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bukan main power, semua model ini mampu memberi sehingga 1 horsepower kuasa tambahan untuk menyokong pergerakan seperti berjalan, berlari, mendaki, atau eksplorasi lasak. Kalau anda rasa stamina selalu drop bila daki bukit, dengan Hypershell, bersedia untuk rasa tenaga macam ‘superhuman’! Dengan rekaan ringan dan kejuruteraan ergonomik, ia sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti luar tanpa rasa terbeban.
Teknologi Sains Fiksyen Kini Realiti – Hypershell Bangkit Sebagai Pelopor Dunia Exoskeleton
Dahulu, teknologi PowerSuit cuma wujud dalam dunia sains fiksyen, tapi kini Hypershell membawanya ke dunia nyata dengan misi memperkasa manusia untuk kembali berhubung dengan alam. Buktinya jelas – startup ini berjaya kumpul lebih USD 1.3 juta dalam masa sebulan menerusi platform crowdfunding, didukung lebih 2,900 penyokong. Hypershell turut berjaya menarik minat pelabur, menjadikan teknologi mereka sangat dinanti-nantikan di seluruh dunia.
Satu perkara yang Budiey suka, pasukan Hypershell ni memang muda, penuh semangat, dan sangat agresif memajukan teknologi PowerSuit. Mereka sendiri kata:
“Kami percaya manusia perlu berani eksplorasi dunia dan teknologi ialah kunci untuk melangkah lebih jauh – secara lestari dan bertanggungjawab.”
Dengan idea dan visi mereka yang besar, Hypershell bukan sekadar menghasilkan produk, tapi membina budaya baru untuk semua yang cintakan kebebasan bergerak.
Teknologi Revolusi Untuk Mobiliti Lebih Power – Ringan, Tahan Lasak & Berprestasi Tinggi
Kalau nak tahu apa yang paling membezakan Hypershell X Series dengan exoskeleton lain, jawapannya – gabungan rekaan ultra ringan, kecekapan tenaga dan prestasi AI. Bayangkan anda boleh bergerak sejauh 17.5km dengan hanya satu cas, dengan sokongan Direct Drive Technology yang meningkatkan kekuatan kaki sebanyak 40% dan mengurangkan keletihan sehingga 30%. Maksudnya, makin jauh anda berjalan, makin selesa – kaki rasa ringan, badan kurang penat!
Sistem Motor Exoskeleton M-One pula mampu memberi 800W kuasa tambahan – tapi dengan saiz yang padat dan berat kurang 2.5kg (siap bateri), anda tak akan rasa macam bawa beban pun. Apa yang menarik, rekaannya boleh laras, sesuai untuk pelbagai saiz badan, dan memberi 300° kebebasan pergerakan, jadi memang mesra pengguna.
AeroFlex Softsuit – Rakan Setia Penjelajah Sejati
Nak lebih power? AeroFlex Softsuit jadi pelengkap sempurna PowerSuit. Fabrik elastik, kalis air, mudah bernafas dan mempunyai 10 lapisan material komposit dengan padding 4mm, memastikan beban diagih secara optimum. Nak berjalan lama pun tiada masalah, suit ni tetap maintain bentuk dan sokongan.
Intelligent Adaption Dengan Teknologi MotionEngine – AI Yang Faham Gerak Anda
Teknologi MotionEngine adalah rahsia sebenar kehebatan X Series. Sensor ultra sensitif buat ribuan kiraan setiap saat, dengan latensi serendah 0.03 saat – bermaksud PowerSuit akan detect niat dan pergerakan anda secara real time! Lama-lama, AI ni akan belajar gaya pergerakan anda sendiri dan beri bantuan yang betul-betul ikut keperluan. Malah, PowerSuit ni boleh bertahan dalam cuaca -20°C hingga 60°C, dengan IP54 rating – tahan debu, tahan air.
Bateri Pintar, Pengecasan Pantas – Sentiasa Sedia Untuk Aksi
Bateri Hypershell X Series hanya seberat 400g, tapi kapasiti 5000mAh mampu bertahan lama, dengan fast charging 65W. Nak cas pakai powerbank, stesen caj mudah alih, atau kereta elektrik pun boleh. Sistem BMS memastikan ketahanan jangka panjang, mampu maintain 80% kapasiti selepas 800 kitaran caj penuh. Melalui aplikasi Hypershell+, pengguna boleh monitor semua data dan kawal prestasi PowerSuit – semua dalam satu sentuhan di telefon pintar.
Harga & Promosi Pelancaran Hypershell X Series – Ini Peluang Anda
Untuk yang dah lama tunggu, jualan promosi bermula jam 8 malam, 24 Julai hingga 31 Ogos 2025 di Shopee, Lazada, TikTok & laman rasmi Hypershell Malaysia.
- Go X: RM4,999 (Promo: RM4,499 + bateri standard & 4-port charging hub percuma)
- X Pro: RM5,999 (Promo: RM5,499 + bateri anti-sejuk & 4-port charging hub percuma)
- Carbon X: RM8,499 (Promo: RM7,999)
Aksesori seperti bateri standard, bateri anti-sejuk, charging hub dan belt kit turut dijual berasingan.
Hypershell – Membina Dunia Baru Mobiliti Mesra Alam Dengan Teknologi
Ditubuhkan pada 2021, Hypershell kekal sebagai peneraju dalam teknologi PowerSuit dengan misi untuk mengubah cara manusia bergerak dan menikmati kehidupan. Menggabungkan robotik, ergonomik dan AI, mereka percaya setiap orang berhak meneroka dunia tanpa had, dan sambil itu, memberi impak positif kepada alam sekitar.
Apa Kata Budiey?
Budiey percaya, kehadiran Hypershell X Series di Malaysia bukan sekadar satu pelancaran produk, tapi satu permulaan untuk era baru di mana manusia dan teknologi bergerak seiring – literally! Ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berani keluar dari zon selesa, mencabar had diri, dan ‘test’ kemampuan sebenar fizikal dengan bantuan teknologi. Dalam masa sama, Budiey nak ingatkan – walaupun PowerSuit ni boleh buat anda rasa macam superhero, jangan lupa hargai dan jaga alam sekitar. Teknologi memang awesome, tapi biarlah ia digunakan untuk manfaat bersama dan memartabatkan budaya eksplorasi yang sihat.
Nak jadi antara yang terawal rasai pengalaman Hypershell? Boleh lawat laman Instagram & TikTok rasmi Hypershell Malaysia sekarang dan rebut peluang beli semasa promosi! Siapa tahu, anda mungkin jadi ikon baru mobiliti masa depan Malaysia.