Dunia kopi tempatan digemparkan dengan pelancaran rasmi BAPE Café x HWC Coffee di Suria KLCC. Acara ini menandakan satu babak baharu dalam budaya kopi Malaysia, apabila HWC Coffee, rangkaian kopi langganan nombor satu negara, bergabung dengan jenama fesyen jalanan terkenal dunia, BAPE. Kolaborasi ini bukan sekadar membuka kafe, tetapi mencipta pengalaman minum kopi yang bergaya, kreatif dan instagrammable untuk pelanggan urban yang cintakan lifestyle.
Pelancaran dimulakan dengan upacara pecah belon yang diketuai oleh Mr. Philip, CFO BAPE Café, bersama pasukan pengurusan tertinggi HWC Coffee yang diketuai CEO Ms. Zenda Ng. Kemudian majlis diserikan lagi dengan tayangan perdana muzik video terbaru HWC dan persembahan tarian penuh tenaga oleh penari profesional, membangkitkan suasana hype seawal permulaan.
Kopi Geisha Premium Jadi Tarikan Utama Dengan Stok Terhad
Kemuncak acara ini pastinya pengenalan dua jenis kopi specialty premium yang jarang-jarang didapati di pasaran Malaysia:
- Panama Geisha Blend
- Panama Los Lajones Geisha Honey 12D (LLGH)
Dikenali di seluruh dunia kerana aroma bunga yang harum, kemanisan halus, dan rasa yang jernih, kedua-dua jenis kopi ini membuat debut pertama kali di Malaysia melalui acara ini. Para tetamu bertuah berpeluang menjadi antara yang pertama menikmati sesi exclusive tasting.
Mulai sekarang, pelanggan boleh menikmati Panama Geisha Blend di semua cawangan HWC Coffee seluruh negara, dengan hanya menambah RM2 untuk menaik taraf minuman mereka kepada biji kopi Geisha. Sementara itu, Panama Los Lajones Geisha Honey 12D, yang sangat terhad dan eksklusif, hanya boleh didapati di BAPE Café x HWC Coffee KLCC dengan harga RM59 secawan pour-over atau RM299 untuk pek 227g. Disebabkan stoknya amat terhad, permintaan dijangka melebihi bekalan hanya dalam beberapa hari.
Drama Digital Dan Muzik Jadi Senjata Tarikan Generasi Muda
Bukan itu sahaja, HWC turut memperkenalkan satu pendekatan kreatif melalui drama digital asal mereka, Vertical Drama bertajuk “Cinta Si Coffee Hunter”. Drama ini menggabungkan elemen penceritaan dengan budaya kopi secara segar dan unik. Ia bakal ditayangkan di saluran TikTok HWC dari 1 hingga 30 Oktober, dengan satu episod berdurasi tiga minit disiarkan setiap hari.
Barisan pelakon dan krew juga bukan calang-calang:
- Syafitee sebagai Tengku Ilham Iskandar
- Dayang Areeda sebagai Sofea Medina
- Nasz Sally sebagai Rina
- AG Hafiz sebagai Rashid
- Ayan Rahman sebagai Mustafa Kamil
- Qara Lyana sebagai Sha
- Arahan: Azhar Jalil
- Ditulis & diterbitkan oleh: Ilham ABATA
Menurut pihak HWC, ini sebahagian daripada strategi mereka untuk menyampaikan cerita di sebalik kopi dengan cara yang lebih menghiburkan dan dekat dengan jiwa golongan muda. “Kami percaya bahawa kopi bukan sekadar minuman, tetapi satu pengalaman dan gaya hidup,” jelas wakil HWC ketika ditemui.
Acara Pelancaran Jadi Pesta Dengan DJ Dan Aktiviti Interaktif
Selepas sidang media dan sesi bergambar, suasana terus meriah dengan Guest DJ Coffee Rave Party yang menampilkan DJ Ashley Lau. Muzik rancak, hadiah percuma, serta aktiviti interaktif menjadikan majlis ini lebih daripada sekadar pelancaran kafe – ia benar-benar sebuah pesta budaya kopi yang menggabungkan seni, muzik dan gaya hidup.
Promosi Istimewa Sempena Hari Kopi Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa pada 1 Oktober 2025, HWC turut mengumumkan beberapa promosi menarik untuk peminat kopi:
- 100 pelanggan HWC Coffee Hunter terpilih berpeluang menebus secawan Los Lajones Geisha Honey 12Dbernilai RM59 secara percuma dalam tempoh tujuh hari di BAPE Café KLCC.
- 1,000 cawan Panama Geisha Blend Americano pula akan diberikan secara percuma di seluruh negara, kepada pengguna aplikasi HWC Coffee yang menunjukkan aplikasi tersebut di kaunter.
Dengan inisiatif ini, jelas HWC mahu meraikan kopi bukan sekadar sebagai produk, tetapi sebagai komuniti dan pengalaman bersama.
Harapan HWC Coffee Untuk Terus Perkenalkan Kopi Premium Kepada Rakyat Malaysia
Dalam satu sesi soal jawab, pihak HWC menegaskan misi utama mereka adalah untuk terus memperkenalkan kopi premium dari ladang-ladang terkenal dunia kepada rakyat Malaysia. Menurut mereka:
“Kami amat berharap kolaborasi ini, termasuk pelancaran drama digital dan muzik video, akan mendapat sambutan positif khususnya dari golongan muda yang semakin menghargai kopi sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.”
HWC juga berjanji akan terus membawa lebih banyak variasi kopi Geisha dan specialty premium pada masa akan datang, sekali gus menjadikan Malaysia antara destinasi kopi berkualiti tinggi.
Apa Kata Budiey?
Kolaborasi HWC Coffee x BAPE Café ini sebenarnya lebih daripada sekadar pelancaran kafe baharu – ia adalah satu pernyataan gaya hidup moden. Gabungan kopi premium dengan dunia streetwear menjadikan kafe ini destinasi pilihan untuk mereka yang mahu lebih daripada sekadar secawan kopi. Ia tentang cerita, pengalaman, dan komuniti.
Bagi Budiey, ini adalah langkah berani yang mampu mengubah landskap budaya kopi di Malaysia. Kehadiran elemen drama digital dan muzik jelas menunjukkan bahawa HWC faham cara terbaik untuk menawan hati generasi muda – dengan menggabungkan hiburan, cerita dan lifestyle dalam satu ruang. Jika strategi ini berjaya, HWC Coffee bukan saja akan dikenali sebagai kafe specialty, tetapi juga sebagai trendsetter budaya kopi moden.