in ,

Hunny Madu & Aman Ra Bergabung Untuk Single HELLO

‘Hello’ merupakan sebuah single terbaru dari Hunny Madu hasil kolaborasi bersama Aman Ra yang merupakan seorang rapper yang popular di industri tanah air. ‘Hello’ adalah sebuah lagu yang berirama POP, yang berlainan dari irama hip-hop yang selalu diketengahkan oleh Hunny Madu. Lagu ‘Hello’ ini telah di tulis oleh Hunny Madu sendiri, lirik oleh Hunny Madu dan Aman Ra, dan telah diterbit dan disusun oleh seorang produser yang berbakat besar iaitu, AG Coco. Sekali lagi, Hunny Madu dan Warner Music Malaysia berkerjasama untuk menjayakan single terbaru ini selepas kejayaan dengan single ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.

HUNNY_MADU

Hunny Madu & Aman Ra Bergabung Untuk Single HELLO

[dropcap]U[/dropcap]ntuk muzik video ‘Hello’ pula, Hunny telah merakamkan muzik video ini pada beberapa bulan yang lepas dan telah menampilkan rakan-rakan artisnya seperti Sazzy Falak, Reem Shahwa, Kayda, Amelia Henderson, Amber Chia, Tiz Zaqyah, Mu’daz dan Freeze. Muzik video yang berkonsepkan ceria dan berwarna warni ini telah diarahkan oleh Tech & Ego dari KayaButter House.

Hunny Madu pernah mengeluarkan album pertama beliau bertajuk ‘Pulau Janji’ pada tahun 2011 dan sebuah Mixtape yang bertajuk ‘GoHard Or GoStan’ pada tahun 2014 bersama Kayda dan Mixtape ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar muzik hip-hop tanah air. Dua buah lagu yang dimuatkan di dalam Mixtape tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat mereka iaitu ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.

Hunny Madu adalah seorang penyanyi/rapper terkemuka Malaysia yang telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari tahun 2004 lagi. Selain daripada itu, beliau juga dikenali sebagai seorang pengacara, pengacara TV dan pernah berkerja sebagai penyampai radio di Fly.fm dari tahun 2008 sehingga 2013 yang merupakan antara sebuah radio Inggeris tempatan yang popular di Malaysia.

Aman Ra pula sebelum ini pernah dikenali sebagai Kraft dan telah mengeluarkan single pertama beliau bertajuk ‘#Pantun100Kerat’ pada tahun 2014 dan juga pernah muncul bersama Altimet dan Salam Musik dalam single bertajuk ‘Belantra Konkrit’ pada tahun 2014.

‘Hello’ nyanyian Hunny Madu bersama Aman Ra ini diedarkan oleh Mtertain Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music (M) Sdn Bhd.

Hello – Hunny Madu feat Aman Ra

C/O 2x
Hello tak nak jawab?
Okay then that’s cool
Hello I call lagi
I still tunggu you
Hello .. hello…. Hello?
Bergetar suara bila terdengar suaramu.

Verse1
Ooh bila terdengar
Alarm ku berbunyi aku
Lantas bangun & terfikirmu
Ooh sampai ke malam
Dalam kesibukan aku
Aku tetap kan menunggumu

Pre Chorus
Ooooh aku takkan rela (aaah ahh)
Ooooh walau beribu batu
**Tetap kan setiaa…..
Horn 2 bar break

C/O 2x
Hello tak nak jawab?
Okay then that’s cool
Hello I call lagi
I still tunggu you
Hello .. hello…. Hello?
Bergetar suara bila terdengar suaramu.
RAP VERSE 8 bars
Bae, you call tak habis2x kenapa
Asyik tanya ngan sapa asyik tanya kat mana
Macam tak tahu kerja I ke sini ke sana
Tak kuasa nak layan you punya mengada
OK, I tahu sebelum kita couple
Dulu2x I ada, banyak gila scandal
Tapi itu pun semua dah settle
Actually I sendiri pun taknak trouble
Anyway cuba la u rilek sikit
Asyik jeles memanjang mana tak hati sakit
Baby manja intan payung hatiku
Terima kasih menceriakan lagi hariku
But now I gotta go tolong understand
Hampir terlupa B kejap lagi ada plan
You I dah kena letak telefon
Apa dia berbual malam nanti okay cun.

C/O 2x
Hello tak nak jawab?
Okay then that’s cool
Hello I call lagi
I still tunggu you
Hello .. hello…. Hello?
Bergetar suara bila terdengar suaramu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Sebalik KAU AKU KITA Jadi Drama Pilihan Penonton di DFKL 2016

Filem BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE Apa Kata Penonton?