in ,

Hukum Anak Mengikut Syariat Agama, Nora Ariffin Maafkan Semua Orang

Penyanyi terkenal tanah air, Nora Ariffin yang baru-baru ini diuji dengan tindakan anak gadisnya terpalit dalam rakaman video bercumbu dengan teman lelakinya berkata, sudah ‘menghukum’ anaknya mengikut syariat agama.

Tegas penghibur itu, biarlah kesilapan yang dilakukan anak ketiganya ditebus dengan bertaubat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa. Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, dia juga sudah mendengar pengakuan daripada anak serta remaja lelaki dalam video yang tular itu.

“Saya sudah mendengar semua pengakuan dan saya sudah memaafkan semua orang.”

– Nora Ariffin
Nora

Itu kenyataan dikeluarkan penyanyi, Nora Ariffin berhubung penyebaran video yang memaparkan aksi anak perempuannya bercumbu dengan seorang remaja lelaki seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut penyanyi Hanya Satu ini, sebagai ibu dia sudah menjalankan tanggungjawab dalam memberi pengajaran kepada anaknya berhubung insiden mengaibkan itu.

“Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama. Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah.

– Nora Ariffin

Nora menjelaskan sudah menghukum anaknya mengikut ajaran agama dan mahu dia bertaubat atas keterlanjuran dilakukan. Foto IG Nora Ariffin

“Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua,”

– Nora Ariffin

Sementara itu, remaja lelaki yang terbabit dalam pelakuan sumbang itu tampil memohon maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang tular, beberapa jam lalu.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya. Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap anak Puan Nora untuk dijadikan viral.

“Saya juga amat menyesali apa yang sudah saya lakukan terhadapnya. Saya juga ingin meminta jasa baik netizen untuk menghentikan penularan video itu.

“Saya juga ingin memohon maaf atas penularan video berkenaan,”

– Nora Ariffin

Baru-baru ini, tular di media sosial video sepasang remaja sedang bercumbuan yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.Ekoran itu, netizen bukan sahaja mula mengecam remaja berkenaan, bahkan penyanyi terkenal itu juga tidak terlepas daripada menjadi kecaman.

Nora pula secara terbuka mengakui, remaja perempuan yang dikaitkan dalam video itu adalah anaknya.Penghibur berusia 47 tahun itu juga mengambil sikap bertanggungjawab mengakui, remaja itu adalah anak perempuannya.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku itu anak saya.

– Nora Ariffin

Sebagai seorang ibu, kita telah mencuba melakukan yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik, memberikan apa yang terbaik dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. dia masih muda… dan dia perlu belajar banyak perkara dan kehidupan yang harus dilalui,”

– Nora Ariffin

Selepas tersebarnya video itu, warganet bukan sahaja mengecam remaja perempuan berkenaan, malah, Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema, terkena tempiasnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar | 17

RTM Siar Filem ALIF DALAM 7 DIMENSI Lakonan Alif Satar di TV2

Gambar Hiasan

Video Remaja Lelaki Cium Anak Nora Ariffin Tampil Mohon Maaf