in , ,

Huawei Watch GT Runner Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 20 November Ini

Huawei bakal melancarkan satu lagi produk terbaharu tak lama lagi yang mana ia merupakan jam tangan pintar yang direka khusus buat pelari pemula mahupun profesional.

Selain dari produk Huawei Freebuds Lipstic dan Huawei Watch GT 3, nampaknya pengguna di Malaysia bakal menerima kehadiran satu lagi peranti boleh-pakai baharu daripada Huawei yang akan dilancarkan pada 20 November ini.

Peranti ini dikenali sebagai Huawei Watch GT Runner, ia merupakan seutas jam tangan pintar yang direka khusus buat pelari pemula mahupun profesional.

Huawei Watch GT Runner Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 20 November Ini

Jika dilihat dari gambar di atas, jam tangan ini hadir dengan reka bentuk mewah serta dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan sukan yang lebih baik. 

Antaranya, sensor kadar degupan jantung yang menggunakan teknologi TrueSeen 5.0 dan menjalankan versi terkini HarmonyOS untuk pengalaman lebih baik. 

Seterusnya, sokongan Always-On Display untuk kegunaan yang pelbagai termasuklah pemberitahuan pintar. Kemudian, ketahanan bateri boleh mencapai 14 hari lamanya dan ia juga menyokong pengecasan secara nirwayar.

Di samping itu, ia juga dilengkapi beberapa fungsi yang dikatakan mampu memberikan manfaat cukup baik buat pelari. Misalnya seperti Running Ability Index (RAI) bagi mengukur tahap ketahanan pemakai berdasarkan kadar degupan jantung atau jarak. 

Terdapat juga Intelligent Dynamic Adjustment Plan yang membolehkan pengguna menyediakan pelan latihan berdasarkan maklum balas daripada RAI.

Huawei telah mengesahkan bahawa Huawei Watch GT Runner akan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan Huawei Watch GT 3 dan Huawei FreeBuds Lipstick pada 20 November ini di satu acara rasmi di Putrajaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CAHAYA 004 KITAB BASAH

Tarian Tradisional Kuda Kepang Menjadi Tarikan Utama Dalam Pertunjukan Cahaya

Sertai Peraduan POSE, SNAP AND WIN & Menangi Samsung Galaxy Buds Live