in , ,

Huawei nova 8 Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan Jumaat Depan

Wah! Nampak Huawei nova 8 ni macam menarik!

Huawei Malaysia kini mengesahkan kehadiran peranti nova 8 buat pasaran tempatan pada 27 Ogos 2021 ini. Jangan keliru, telefon tersebut mempunyai spesifikasi sedikit berbeza berbanding yang ditawarkan di pasaran China tahun lalu.

Huawei nova 8 di Malaysia akan dikuasakan cip Kirin 820E bersama padanan memori 8GB RAM dan 128GB storan. Peranti yang menjalankan EMUI 12 ini turut dilengkapi skrin 6.57 inci OLED 90Hz beresolusi FHD+ serta bateri 3800mAh dengan sokongan pengecasan 66W.

Huawei-nova-8

Melengkapkannya, terdapat 4 tetapan kamera yang merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Sementara kamera hadapan pula 32MP.

Di China, Huawei nova 8 dijual pada tanda harga 3299 yuan (~RM2152). Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan harga rasmi di Malaysia pula.

Sumber: Huawei Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vivo Y21 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio P35, Dwi-Kamera Utama & Bateri 5000mAh

5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang VARIAN DELTA