in , ,

HP Malaysia Galakkan Ekspresi Kreatif dengan Projek Mentor

HP ganding bahu dengan Yuna, artis tempatan yang disanjung antarabangsa, untuk semai bakat dan dorong perkembangan generasi karyawan akan datang

HP Malaysia telah melancarkan Projek Mentor untuk Karyawan Masa Depan, yang disusun khas untuk memberi inspirasi dan menyemai bibit kreativiti dalam kalangan belia pada hari ini. Sejajar dengan usaha HP melengkapi karyawan generasi akan datang, projek ini telah dirangka untuk memberi peluang kepada para pemuzik mengembangkan sayap  seni mereka untuk terbang lebih tinggi, di bawah bimbingan seorang profesional industri.

HP Malaysia bekerjasama dengan artis tanah air yang disanjung tinggi di pentas antarabangsa, Yuna, untuk menganjurkan bengkel muzik maya selama 2 hari bagi membantu pemuzik yang bercita-cita tinggi untuk mengambil langkah seterusnya dalam perkembangan kreatif mereka.

“HP amat menitikberatkan sokongan yang diberikan kepada golongan karyawan, sebab itulah kami sentiasa mempelopori inovasi dan menyesuaikan HP Create Ecosystem kami untuk memenuhi keperluan karyawan di mana-mana sahaja,” kata Alex Tan, Pengarah Jualan Perusahaan, HP Inc. Malaysia, “Tetapi karyawan hari ini bukan sekadar perlu memililki teknologi yang sesuai. Persaingan teramat sengit dan bukan semua orang mendapat peluang yang sama untuk mengasah kemahiran  masing-masing. Sebab itulah HP Malaysia menganjurkan Projek Mentor ini bersama Yuna – untuk memperkasakan dan melengkapkan generasi baharu karyawan untuk menghadapi persekitaran kreatif yang mencabar di luar sana.”

Bagi pemuzik yang bercita-cita tinggi, Projek Mentor HP dibuka untuk penyertaan sehingga 22 November 2020. Bakat-bakat kreatif perlu mengemukakan muzik instrumental atau vokal lagu kegemaran mereka dan berkongsi sebab-sebab mereka mahu menghadiri sesi mentor bersama Yuna. Peraduan ini terbuka kepada karyawan dari segenap latar belakang, tanpa mengira tahap kepakaran.

Seramai 5 peserta akhir akan diberi peluang untuk bertemu dengan Yuna dan menyertai bengkel penerbitan muzik dan lagu maya selama 2 hari.  Yuna sendiri akan memilih seorang pemenang untuk membawa pulang komputer riba ENVY serba baharu dan menyertai beliau dalam sesi mentor 1:1 untuk menggilap bakat mereka sebagai karyawan.

Dapatkan maklumat lanjut dan hantarkan penyertaan anda di www.HPMalaysia.com/MentorshipProject/

Cara Menyertai Projek Mentor untuk Karyawan Masa Depan HP

Langkah 1: Layari www.hpmalaysia.com/mentorshipproject  

Langkah 2: Kemukakan permohonan anda di laman mikro tersebut dengan memuat naik / berkongsi pautan persembahan vokal atau muzik instrumental lagu kegemaran anda 

Langkah 3: Yuna sendiri akan memilih 5 peserta untuk menyertai bengkelnya! Selamat berjaya!

YUNA

HP x KL Fashion Week

Untuk generasi pereka fesyen akan datang, HP telah berganding bahu dengan KL Fashion Week (Minggu Fesyen Kuala Lumpur) untuk mencungkil bakat pereka fesyen generasi akan datang di seluruh negara. “Pencarian Pereka KL Fashion Week 2020 memberi lebih penekanan kepada busana lestari,” kata Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week, “Tahun ini telah memperlihatkan keprihatinan dan kesedaran kita terhadap kesan semua industri ke atas alam sekitar. HP bertekad untuk mencipta kesan yang positif dan lestari di semua peringkat perniagaannya. Pada tahun ini, KL Fashion Week menyertai misi kelestarian HP dengan meminta para peserta membayangkan semula kesan fesyen dan mencipta ‘koleksi sedar’.”  Seramai 10 pereka terbaik akan mendapat bimbingan daripada mentor KLFW sambil mereka menyempurnakan koleksi masing-masing untuk diperagakan buat pertama kali di pentas KLFW Digital 2020 pada bulan November.

Portfolio HP ENVY

Portfolio komputer peribadi HP ENVY direka bentuk untuk menawarkan ciri serba guna dan kelebihan kepada karyawan yang sentiasa sibuk ke sana sini. Dengan skrin, ciri keselamatan dan prestasi yang ditambah baik, rangkaian HP ENVY sesuai bagi karyawan di setiap peringkat, daripada amatur kepada profesional. Komputer riba HP ENVY menjangkaui sempadan kejuruteraan dan produktiviti untuk membantu generasi pencipta masa depan menyerlahkan ekspresi mereka. Untuk butiran lanjut mengenai kempen Karyawan Masa Depan atau Portfolio HP ENVY, sila layari: www.HPMalaysia.com/MentorshipProject.

Promosi Shopee

Anda memerlukan peranti baharu untuk menyerlahkan bakat sebagai karyawan? Gunakan kod: ENVY100 di Shopee untuk mendapatkan potongan RM100 daripada harga HP ENVY 13, HP ENVY 15 and HP Spectre x360 dari sekarang hingga 30 November 2020. Anda juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai RM409, termasuk Beg Galas HP Pavilion, Tetikus Tanpa Wayar HP dan Kaspersky Internet Security untuk komputer anda. Layari https://shopee.com.my/m/hp-mega-offers.
Sempena promosi 11:11  ini, gedung dalam talian HP di Shopee akan mengadakan tawaran 1 hari yang menyediakan potongan RM150 + hadiah percuma bernilai RM409 dengan pembelian produk minimum RM3,000. Layari https://shopee.com.my/hponlinestore untuk semua butiran lanjut.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

BTS Menang Besar Di MTV European Music Awards, Dynamite Dinobat Lagu Terbaik

Persiapan Majlis Nikah Ayda Jebat & Nabil Mahir Sudah Lebih 50 Peratus