Jenama global dalam dunia optik, HOYA Malaysia, kembali meneruskan misinya untuk menjaga kesihatan mata kanak-kanak menerusi kempen A Million Visions, satu inisiatif besar yang kini dilaksanakan sempena Hari Penglihatan Sedunia 2025. Selepas kejayaan pelancaran sulungnya tahun lalu, kempen ini terus memperkukuh usaha HOYA dalam meningkatkan kesedaran terhadap myopia (rabun jauh) yang kini menjadi masalah semakin serius dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Pemeriksaan Mata Percuma Untuk Kanak-Kanak Di Seluruh Malaysia
Bermula 16 hingga 22 Oktober 2025, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahununtuk menjalani pemeriksaan mata percuma di lebih 800 kedai optik penjagaan mata profesional yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.
Langkah ini bukan sekadar program kebajikan, tetapi satu usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal serta mendapatkan penilaian kesihatan mata daripada pakar sebelum keadaan menjadi lebih parah. Ramai ibu bapa masih tidak menyedari bahawa myopia boleh berkembang dengan cepat tanpa disedari, terutamanya dalam era digital yang menyaksikan kanak-kanak semakin banyak menghabiskan masa di depan skrin.
Fokus Terhadap Intervensi Awal Dan Penyelesaian Klinikal
Kempen ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan HOYA Vision Care terhadap intervensi awal myopia dalam kalangan kanak-kanak. HOYA turut memperkenalkan kanta MiYOSMART, yang menggunakan Teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) – satu pendekatan klinikal yang terbukti mampu melambatkan perkembangan myopia secara signifikan tanpa sebarang prosedur invasif.
Kanta inovatif ini telah melalui pelbagai kajian klinikal global dan mendapat pengiktirafan daripada pakar penjagaan mata antarabangsa, menjadikannya antara penyelesaian paling dipercayai untuk menguruskan masalah rabun jauh kanak-kanak dengan berkesan.
Subsidi RM350 Untuk Kanta MiYOSMART – Meringankan Beban Ibu Bapa
Sebagai tambahan kepada pemeriksaan percuma, HOYA Malaysia memperkenalkan Subsidi HOYA MiYOSMART Early Control, iaitu subsidi bernilai RM350 bagi pembelian kanta kawalan myopia MiYOSMART. Usaha ini bertujuan membantu lebih ramai keluarga Malaysia mendapat akses kepada penjagaan penglihatan yang terbukti secara klinikal, tanpa dibebani kos tinggi.
Menurut Lew Chee Quin, Pengarah Urusan Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd.,
“Kempen A Million Visions lahir daripada satu hakikat yang jelas namun mendesak – ramai kanak-kanak terlepas peluang mendapatkan penjagaan mata awal disebabkan oleh kurangnya kesedaran, akses dan kos. Sebagai peneraju dalam penjagaan penglihatan, kami berasa tanggungjawab untuk bertindak.”
Beliau menambah,
“Inisiatif ini membantu keluarga mengambil langkah pertama dalam melindungi penglihatan anak-anak mereka melalui kerjasama bersama pakar penjagaan mata bertauliah di seluruh negara. Ini bukan sekadar inisiatif sementara, tetapi sebahagian daripada komitmen jangka panjang HOYA untuk mengubah cara masyarakat memandang pentingnya kesihatan mata kanak-kanak.”
MiYOSMART Coating STX – Perlindungan Maksimum Untuk Penglihatan Kanak-Kanak
Menariknya, kempen tahun ini turut memperkenalkan MiYOSMART Coating Smooth Touch Xtreme (STX), inovasi terbaru HOYA yang dicipta khas untuk kanak-kanak aktif dan lasak.
Kanak-kanak secara purata mengelap kanta cermin mata mereka sehingga 8,000 kali sepanjang hayat sepasang cermin mata — biasanya menggunakan baju, tisu, atau bahan kasar yang boleh merosakkan salutan kanta. Dengan MiYOSMART Coating STX, kanta lebih tahan lama, mudah dibersihkan, dan kekal jelas untuk tempoh yang panjang.
Salutan STX ini memberikan perlindungan hidrofobik lanjutan yang kalis air, cap jari, habuk dan minyak, menjadikannya lebih bersih dan tahan lasak walaupun selepas 2.7 tahun penggunaan biasa. Ia direka bagi memastikan kanak-kanak dapat memakai cermin mata mereka lebih lama dengan selesa — sekaligus menyokong penggunaan berterusan yang penting untuk kawalan myopia yang berkesan.
Dengan teknologi ini, kanak-kanak kini boleh terus bermain, meneroka dan membesar dengan keyakinan, tanpa perlu risau tentang kerosakan atau kabur penglihatan akibat kanta kotor.
HOYA: Menerajui Dunia Optik Dengan Inovasi
Untuk makluman, HOYA Corporation ditubuhkan pada tahun 1941 di Tokyo, Jepun, dan kini merupakan antara syarikat teknologi optik dan med-teknologi terkemuka dunia. HOYA menghasilkan pelbagai produk berteknologi tinggi termasuk cermin mata, kanta intraokular, endoskop perubatan, dan komponen optik untuk peranti semikonduktor serta panel LCD.
Dengan lebih 35,000 tenaga kerja di lebih 150 pejabat global, HOYA terus memainkan peranan penting dalam membangunkan produk inovatif yang bukan sahaja memenuhi keperluan penglihatan, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup pengguna di seluruh dunia.
Sementara itu, HOYA Vision Care (HVC) telah menjadi peneraju dalam penyelesaian penglihatan selama lebih enam dekad, beroperasi di lebih 50 negara dengan kepakaran dalam reka bentuk kanta lanjutan, teknologi fotokromik berprestasi tinggi, dan salutan anti-pantulan premium.
Portfolio HVC merangkumi jenama ternama seperti HOYA, SEIKO dan PENTAX, serta inovasi terkini seperti kanta kawalan myopia MiYOSMART, kanta progresif, dan kanta fotokromik Sensity. Dengan lebih 20,000 tenaga kerja global, HVC mengendalikan 38 makmal Rx di seluruh dunia, termasuk sebuah di Malaysia yang menyokong operasi tempatan.
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang yang percaya bahawa mata adalah “jendela kehidupan”, Budiey melihat inisiatif A Million Visions ini sebagai langkah bijak dan sangat bertepatan dengan keperluan masa kini. Dalam era di mana anak-anak semakin terdedah kepada skrin dan teknologi, penjagaan mata bukan lagi pilihan – ia keperluan asas.
Usaha HOYA Malaysia bukan sekadar kempen pemasaran, tapi satu gerakan sosial penting yang membuka mata ibu bapa agar lebih peka terhadap kesihatan penglihatan anak mereka. Dengan tawaran pemeriksaan percuma dan subsidi MiYOSMART, tiada alasan lagi untuk menangguhkan tindakan.
Jadi, kalau Budiey boleh simpulkan — masa depan anak-anak bermula dengan pandangan yang jelas. Mari sama-sama lindungi penglihatan generasi kita sebelum semuanya menjadi kabur. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HOYA Malaysia atau dapatkan pemeriksaan mata percuma di kedai optik terpilih seluruh negara.