in ,

Hot FM Buka Peluang Untuk Anda Jadi Penyampai Menerusi PROJEK RADIO

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah satu penghalang bagi orang ramai untuk menonjolkan bakat mereka dan membuat pelbagai kandungan menarik walaupun hanya menerusi saluran digital. Oleh itu, pihak Hot FM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen yang dinamakan Projek Radio Hot FM.

Kepelbagaian saluran digital masa kini menjadi galakan kepada Hot FM untuk memberikan peluang kepada orang ramai menonjolkan bakat mereka ke udara di corong radio. Bagi orang awam yang menghantar demo rakaman suara mereka dan dipilih oleh Hot FM, mereka berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Hot FM selama 1 jam.

Masthead Projek Radio Hot Fm

Pencarian bakat Projek Radio Hot FM akan bermula pada 17 Jun 2020.

Orang ramai boleh menyertai kempen ini menerusi www.hotfm.com.my dengan mengisi maklumat mereka dan hantarkan demo rakaman suara berpandukan skrip yang disediakan. Sebarang penghantaran demo suara adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Poster Projek Radio Hot Fm

Mereka yang terpilih akan dihubungi oleh wakil Hot FM.

Oleh itu, orang ramai yang berbakat dalam dunia penyampaian radio digalakkan untuk menyertai kempen ini walaupun di mana sahaja anda berada dengan memanfaatkan teknologi yang ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazeera Sardi | 22

Tips Rumah Tangga Bahagia Selebriti Terkenal Dalam SEMANIS CUKA

Fiza Frizzy Gaya Gambar Hiasan | 23

Macpie Distribution Dilantik Sebagai Pengedar Sah Baharu Untuk Nokia Di Malaysia