in , ,

HONOR X9b 5G Jadi Rebutan Ramai Semasa Pelancaran Jualan

Dapatkan HONOR X9b 5G pada harga RM1,499 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM759!

Jualan HONOR X9b 5G, telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut yang bermula pada 10 November 2023 menerima sambutan hangat. Peminat teruja mendapatkan telefon pintar tersebut dan mula berbaris di hadapan Kedai HONOR di Sunway Pyramid sebelum jam 10 pagi pada hujung minggu lalu. Sepanjang hujung minggu, pelanggan berpusu-pusu mengunjungi kedai tersebut untuk memiliki HONOR X9b 5G.

HONOR X9b 5G Jadi Rebutan Ramai Semasa Pelancaran Jualan

Pelanggan memberitahu teruja terhadap ketahanan HONOR X9b 5G dan harga yang berpatutan. Ramai membeli telefon ini selepas menonton video promosi yang mempamerkan HONOR X9b 5G tahan lasak dan boleh dimiliki pada harga RM1,499.

Sekiranya anda sedang mencari telefon tahan lasak yang sesuai untuk pekerjaan luar dan pengembaraan, HONOR X9b 5G adalah pilihan tepat. Berikut beberapa ciri HONOR X9b 5G:

HONOR X9b 5G Jadi Rebutan Ramai Semasa Pelancaran Jualan

Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR

HONOR X9b 5G pilihan ideal bagi pekerja luar seperti penunggang penghantaran dan penggemar aktiviti lasak kerana reka bentuk yang teguh. Ketahanan dan rintangan jatuh telefon pintar ini sesuai diguna penunggang penghantaran ketika menghantar pesanan di sekitar bandar dan ataupun di pelbagai suasana persekitaran. HONOR X9b 5G merupakan peranti yang boleh dipercayai bagi golongan yang mencari telefon pintar tahan lasak.

Telefon pintar ini mempuyai ketahanan 360° dan rintangan jatuh, penggemar aktiviti luar tidak perlu bimbang apabila menggunakannya ketika mendaki atau berkhemah. Ini kerana HONOR X9b 5G mampu tidak mudah rosak apabila terjatuh pada permukaan keras. Paparan Lengkung OLED Ultra Tahan Lasak menjadikan telefon pintar ini kelihatan lebih menarik, memberikan pengalaman visual lebih jelas dan terang walaupun berada di luar. 

Bateri 5800mAh: Hayat bateri selama 3 hari dengan sekali cas

HONOR X9b 5G dimuatkan bateri 5800mAh dan mampu bertahan selama 3 hari dengan hanya sekali cas. Kapasiti besar ini adalah yang terbesar dalam segmen telefon pintar tersebut. Anda pasti berpuas hati dapat menyiapkan tugasan, bermain permainan mudah alih dan berhibur tanpa perlu bimbang bateri cepat habis. Malah, bateri masih tahan lama selepas 1,000 kitaran pengecasan dengan mengekalkan kapasiti 80%.

HONOR X9b 5G Jadi Rebutan Ramai Semasa Pelancaran Jualan

Penstoran dan Cipset dinaik taraf 

Dengan RAM besar 12GB dan tambahan 8GB HONOR RAM Turbo maya, HONOR X9b 5G mebolehkan kerja berbilang tugas lancer tanpa gangguan. Kini anda boleh menyimpan semua foto dan fail penting kerana telefon pintar ini mempunyai penstoran ROM 256GB yang besar.

Kamera Ultra Jelas 108MP

Momen penting boleh diabadikan dengan Kamera Ultra Jelas 108MP, Kamera Ultra-Lebar 5MP, dan Kamera Makro 2MP. Kamera Ultra Jelas dilengkapi dengan sensor besar 1/1.67 inci dan apertur lebar f/1.75 untuk gambar terang dan lebih jelas. Dengan zoom 3X dan enjin penangkapan gerakan dinamik, HONOR X9b 5G menghasilkan gambar yang mempunyai cerita tersendiri.  

Paparan Perlindungan Mata Dengan Resolusi 1.5K 

Nikmati kejelasan pada Paparan Melengkung AMOLED 6.78 inci yang menyokong resolusi 1.5K,

gamut warna 100% DCI-P3 dan 1.07 bilion warna. Menitik beratkan kesihatan pengguna, paparan ini mempunyai ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM  1920Hz, cahaya biru rendah, Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia, sesuai bagi golongan yang sentiasa menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin.

Tawaran tiada tandingan: RM 1,499 dengan hadiah bernilai RM 759

Pada harga hanya RM 1,499, HONOR X9b 5G hadir dengan hadiah bernilai sehingga RM759. Turut termasuk dalam pakej adalah Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari dan HONOR CHOICE Earbuds X5. 

Terlepas pratempah? Jangan risau, HONOR X9b 5G kini boleh didapati di semua kedai HONOR, kedai pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic, Maxis dan Yes. 

Pembelian secara dalam talian juga boleh dilakukan di laman sesawang rasmi HONOR, kedai rasmi HONOR di Lazada, Shopee dan TikTok. Nantikan juga pengumuman tawaran menarik dari Celcom, Digi dan U Mobile.

Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G sila layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Evie Feroza

Evie Feroza Berjaya Suntik Semangat Patriotik Menerusi Single GEMILANG

Galaxy Tab S9 FE & Galaxy Buds FE Jadi Teman Terbaik Untuk Artis