in ,

HOMEVEST Tersenarai Dalam 1Exchange, Pasaran Sekuriti Swasta Pertama di Singapura

HOMEVEST tersenarai dalam 1Exchange, pasaran sekuriti swasta pertama di Singapura

Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) berjaya disenaraikan dalam platform 1Exchange (1X), sebuah pasaran sekuriti swasta pertama di Singapura.

Platform berkenaan di kawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan proses penyenaraian berlangsung semalam (12 Januari) di sebuah lokasi di ibu kota dengan dimeterai pemukulan gong secara maya.

Status yang baru diperolehi di 1Exchange ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat itu dalam pembangunan hartanah dan pemerolehan projek.

HOMEVEST Tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai Syarikat Hartanah Pertama Menawarkan Program (H.O.P.E)

Berpusat di hab kewangan global Singapura, 1X ialah bursa sekuriti swasta terkawal pertama dengan lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura.

1X ialah sebahagian daripada CapBridge Financial, disokong oleh Singapore Exchange (SGX), SGInnovate, Hong Kong Cyberport dan Hanwha Investment yang berpusat di Korea Selatan, antara pemegang saham strategik/institusi yang lain.

Selain itu, ia membolehkan HOMEVEST mempelbagaikan pangkalan pelaburnya dengan berkembang kepada komuniti yang lebih luas secara global dan digital.

Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim melihat penyenaraian itu sebagai rahmat indah pembuka tahun 2022.

HOMEVEST Tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai Syarikat Hartanah Pertama Menawarkan Program (H.O.P.E)

“Penyenaraian di 1Exchange semalam menandakan satu peristiwa yang bersejarah untuk syarikat kami.

“Ia membawa kami selangkah lebih dekat ke arah mencapai visi kami dalam membentuk komuniti ‘smart living’ dan mampan dengan hubungan yang erat.

“Kami berbesar hati atas penyenaraian itu. Lebih utama 1exchange menjadi pasaran sekuriti swasta yang pertama dikawal selia oleh MAS di Singapura dalam ekosistem pasaran swasta, Capbridge Financial,” kata KY Lim.

Tambah KY lagi, Singapura merupakan salah satu hab kewangan terkemuka di dunia.

“Negara itu juga sebuah pasaran yang ada daya tarikan kerana berdaya saing dan reputasinya dalam persekitaran perniagaan, infrastruktur dan sektor kewangan.

“Pada tahun 2020, pandemik COVID-19 telah menggendalakan hampir kesemuanya di serata dunia. Kami mengambil masa ini untuk mentakrifkan semula matlamat Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami untuk kehidupan selepas pandemik.

“Kami percaya pada kepentingan amalan lestari dan komited terhadap mengutamakan kemampanan dalam perniagaan,” katanya.

HOMEVEST Tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai Syarikat Hartanah Pertama Menawarkan Program (H.O.P.E)

Sementara itu, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low cukup optimis dengan penyenaraian berkenaan.

“Saya mempercayai masih terdapat potensi besar dalam pasaran hartanah Malaysia, dengan purata harga hartanah Malaysia adalah paling rendah jika dibandingkan dengan di Cina, Australia, Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain.

“Sejauh mana kami terus menawarkan penyelesaian harga mampu milik kepada pelanggan, kami tetap komited untuk melabur semula keuntungan demi pertumbuhan yang mampan dan menjana pulangan untuk pemegang saham,” kata Marcus.

Sementara itu, Ketua PegawaI Eksekutif 1Exchange, Victor Chia amat teruja dengan kerjasama terjalin.

“Kami berasa amat gembira kerana HOMEVEST telah memilih 1Exchange sebagai lokasi penyenaraiannya.

“Sebagai peneraju perniagaan pelaburan hartanah, pengurusan dan pembangunan di Malaysia, syarikat itu menawarkan nilai pulangan kepada rakan niaganya untuk menjadikan pemilikan rumah lebih berpatutan dan mudah diperolehi.

“1Exchange bangga untuk menjadi rakan niaga mereka dan kami menantikan pertumbuhannya yang berterusan,” kata Victor.

HOMEVEST Tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai Syarikat Hartanah Pertama Menawarkan Program (H.O.P.E)

Turut hadir memeriahkan simbolik acara itu ialah Penasihat Korporat, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol, ; Puar Chin Jong (Independent Non-Executive Director); Hong Boon Toh, (Independent Non-Executive Director); Johnson Chen (Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge & Pengasas CapBridge Financial Group) dan Mohamed Nasser (Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Pasaran Modal Ekuiti SGX).

HOMEVEST terdiri daripada tiga bahagian merangkumi HOMEVEST Capital, HOMEVEST Living dan HOMEVEST Development.

Syarikat ini berkecimpung dalam perniagaan pelaburan hartanah, pengurusan, pemerolehan dan pembangunan.

Ia sebelum ini dikenali sebagai KYY Empire dan ditubuhkan pada 2016 telah meninggalkan impak yang besar pada pasaran hartanah Malaysia dengan penyelesaian hartanahnya secara yang unik dan inovatif.

Ia turut mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah di serata rantau dalam tempoh lima tahun ini.

Ia kini sedang menguruskan portfolio hartanah bernilai RM328 juta yang merangkumi Lembah Klang dan Johor Bahru.

Ia berdaftar sebagai sebuah syarikat yang mendapat pengiktirafan ISO dan memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001.

Untuk berita dan maklumat terkini mengena, layari laman web www.homevestglobal.com dan laman sosial: https://www.facebook.com/HomevestGlobal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNKNOWN

Selepas Tular dengan Jangan Marah (Baby Sayang), UNKNOWN Lancar Single Kedua TERSAKITI

Tiket Konsert Nafas Cinta Khai Bahar Habis, Tapi Jangan Risau, Ini Cara Lain Untuk Menonton