in , ,

Hisyam Rahim Lancar Single Pertama HAL KITA, Genre Malay Minor Ballad

HAL KITA single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “Malay Minor Ballad” dimana melodi sememangnya untuk halwa telinga pendengar muzik tempatan. 

Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim atau boleh dikenali sebagai HISYAM RAHIM anak kelahiran Kemaman, Terengganu yang sedang menjalani pengajian peringkat diploma dalam bidang seni persembahan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Karier seni Hisyam bermula sejak dibangku sekolah lagi yang mana Hisyam sangat aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran serta persembahan pentas lain.

Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian sangat menarik untuk dikongsi antaranya ialah :

-Juara Pertandingan Lagu Melayu Asli UMK (2021)

-Juara Pertandingan Megastarz 3.0 UMK (2022)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik Merdeka JKKN Kelantan (2023)

-Juara Pertandingan Lagu Patriotik JKKN Terengganu (2023) 

-Juara Pertandingan Lagu Retro & Klasik Peringkat Negeri Kelantan (2023)

Hisyam Rahim_Hal Kita_Cover_logo

Baru-baru ini Hisyam Rahim telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang Klasik 2023 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ini adalah pencapaian terbesar beliau sepanjang bergelar penggiat seni dan melalui program ini beliau juga dikenali dengan nama ‘Sitara Hisyam’.

Walaupun ‘Forte’ Hisyam lebih kepada lagu-lagu klasik akan tetapi beliau juga meminati serta boleh menyanyikan lagu berunsur ‘pop ballad’ dengan baik. Sebagai seorang pelajar diploma seni persembahan beliau mestilah mempunyai ‘Vocabulary’ muzik yang meluas. 

Lagu yang ditulis oleh ‘Sternistic Mike’ dan ‘Mimpi’, serta liriknya oleh ‘Mimpi’ diterbitkan bersama label muzik MAPMUSIC dan pengurusan oleh Shoreline Resources. Hisyam berharap “Hal Kita” mendapat tempat yang baik dihati pendengar.

Di samping itu Hisyam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan, produksi dan sesiapa sahaja yang menyokong beliau. “Hal Kita” boleh ditonton dan didengari di Youtube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, Itunes, dan lain-lain bermula 22 Disember 2023.

LIRIK LAGU HAL KITA

Hal Kita – Hisyam Rahim

(Verse)

Angin lembut mengusap pipi

Sedarkan aku dari mimpi-mimpi indah

Yang takkan mungkin

Jadi realiti

Detik itu takkan kembali

Tinggalkan aku bersendiri

Bersama rasa bahagia

Yang takkan terulang lagi

(Chorus)

Andainya

Bisa ku putarkan waktu dan masa

Kan ku serius bicara hal kita

Takkan biar hati mu merana

Andainya

Bisa kita kan bertemu semula

Kan ku rawati baluti luka

Ku jaga diri mu sempurna

(Bridge)

Datanglah kepada ku

Dan bisikkan kata-kata rindu

Sepurnama aku tunggu

Maafkan selama ini

Ku tak pernah luahkan rasa ku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALDO

Jenama Fesyen Terkenal ALDO Buka Cawangan Ke-14 di The Exchange TRX

Microsoft Dijangka Menambah Kekunci Copilot Untuk Papan Kunci Windows