in ,

Hilangkan Stress Dengan Krim Dermagic SimplySiti

Akhirnya, produk terbaru yang dinantikan oleh sekalian pengguna SimplySiti iaitu DERMAGIC akan dilancarkan pada 16 Feb ini di Sunway Hotel Resort & Spa. Budiey ucapkan tahniah kepada SimplySiti atas pelancaran yang akan diadakan nanti.

Berpeluang mengikuti rombongan ke kilang produk SimplySiti di Korea bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan media tahun lepas, secara tak langsung menjadikan Budiey bertambah yakin dengan prosedur penghasilan produk SimplySiti. Ia ternyata halal dan disahkan sendiri oleh JAKIM. Ianya tak perlu diragui lagi ya.

Bukan setakat dapat menimba pengalaman berharga bersama ikon tersohor Dato Siti Nurhaliza, lebih dari itu, Budiey juga diperkenalkan dengan beberapa produk terbaru yang akan dilancarkan pada tahun ini. Dengar-dengarnya, lebih 100 produk terbaru SimplySiti yang akan diperkenalkan tak lama lagi. Wow, itu satu jumlah yang banyak ya. Bukan sekadar produk kecantikan dan kosmetik, malah SimplySiti akan mengeluarkan produk penjagaan diri dan haruman juga. Nak tahu, sama-sama kita tunggu sebab Dato’ Siti akan memperkenalkan satu persatu kepada peminat dan pengguna SimplySiti.

Dermagic SimplySiti

Satu perkara yang Budiey sangat kagum dengan figura terkenal ni ialah Dato’ Siti Nurhaliza sentiasa gembira dan wajahnya sangat manis serta ceria walaupun dilanda banyak masalah. Sikit pun dia tak menampakkan dirinya stress atau tertekan. Senyum je dia. Bak kata seorang staffnya, Siti ni nak ambil pen bawah meja pun masih lagi senyum.

Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia beliau kan? Ya, Budiey dapat tahu yang Dato’ Siti dah menemui satu formula untuk mengurangkan stress dan boleh membuatkan kita rasa gembira dalam sekelip mata. Haa… apa dia?

Dermagic SimplySiti

Memperkenalkan produk terbaru dari SimplySiti yang dikenali sebagai Dermagic yang juga dipanggil sebagai Krim Magis! Atau lebih dikenali dengan nama penuhnya, SimplySiti Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin, satu krim magis kecantikan yang bukan sahaja mampu menyerlahkan kulit yang lebih awet muda dan lebih cerah berseri, malah membantu membangkitkan mood gembira dan ceria.

Dermagic SimplySiti
Ya, ia sangat magik! Sebab apa? Sebab fungsi utama krim ini adalah untuk membuatkan anda rasa happy, ceria setiap kali menggunakan krim ini.

Krim ini didatangkan juga dengan 5 jenis produk lain iaitu Dermagic Beauty Moisturiser, Dermagic Intensive Serum, Dermagic Complete Eye Cream, Dermagic Purifying Scrub, Dermagic Relaxing Scrub.

Dermagic adalah tidak 100% semulajadi namun bahan aktif yang terkandung di dalam Dermagic adalah 100% asli iaitu dari tumbuhan, ikan atau mineral. Oleh itu, Dermagic bukan sejenis krim yang boleh memudaratkan kulit.

Dermagic SimplySiti

Nampaknya, setelah hampir 2 tahun berada di pasaran, Budiey kira, SimplySiti semakin matang dan lebih maju ke depan. Bertepatan dengan misi utama SimplySiti iaitu mahu membantu wanita khasnya untuk kekal cantik, bukan hanya secara fizikalnya sahaja, malah terus kekal cantik, dalam dan luar.

Kita semua memahami bahawa gaya hidup dan fikiran yang positif amat penting untuk kesihatan dan kecantikan. Stres atau tekanan adalah salah satu penyumbang utama bagi masalah kulit dan boleh menyumbang kepada tanda-tanda awal penuaan di usia muda.

Kesibukan rutin harian di rumah dan tempat kerja memang menjadi cabaran dan menyumbang kepada tekanan hidup bagi kebanyakan wanita khasnya, dan ini menjadikan kecantikan unggul sesuatu yang turut mencabar. Stres sebenarnya boleh menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana keadaan ini boleh menghasilkan molekul-molekul radikal bebas yang dapat merosak atau menjejaskan sel-sel kulit kita terutamanya kolagen dan elastin.

Alangkah baik sekiranya ada produk kecantikan yang boleh membantu memenuhi keperluan luaran serta dalaman, mampu memberi kecantikan yang seimbang, yang bukan sahaja menyerlahkan kecantikan luaran, malah juga membantu merangsang rasa gembira.

Sebenarnya perasaan gembira terjadi melalui beberapa proses kimia semulajadi yang terjadi di dalam tubuh dan minda manusia. Menurut kajian, terdapat sejenis hormon di dalam tubuh badan manusia iaitu hormon Endorfin yang apabila dirangsang secara betul, ia akan membantu melahirkan perasaan gembira secara semulajadi.

Suatu rahsia baru berjaya dibongkar oleh para saintis yang menemui sejenis bahan iaitu Plant Endorphin (Endorfin daripada Tumbuh-tumbuhan) yang boleh membantu merangsang penghasilan endorfin semulajadi yang terdapat di dalam kulit untuk mengurangkan stres pada kulit dan melawan molekul-molekul radikal bebas bagi mengelakkan penuaan lebih awal.

‘Plant Endorfin’ yang boleh diekstrak daripada Beri kering yang dipetik dari pokok Chaste Tree dan boleh didapati di Mediteranian dan Asia ini, turut digunakan sebagai ubat tradisional mampu merangsang mood gembira secara semulajadi. Kajian juga menunjukkan bahawa ianya turut mengandungi faedah anti – oksida dan pelembap yang dapat melawan kesan penuaan.

Dengan kelebihan yang ada pada ‘Plant Endorfin’ ini, maka tercetuslah idea daripada SimplySiti untuk menghasilkan sejenis Krim Magis yang bakal merevolusikan lanskap industri kecantikan kerana pelbagai faedah yang terdapat di dalamnya.

Teknologi terbaru dari SimplySiti ini diformulasi dengan 3 bahan paling berguna untuk kulit; Plant Endorphin, Korean Plant Stem Cell dan Advanced Hydra-Collagen. Krim ini bukan hanya membantu melambatkan penuaan kulit dan menyerlahkan wajah lebih cerah tanpa cela, malahan membantu membangkitkan mood gembira dan memberi seri kepada kulit agar wajah menjadi lebih cantik dari dalam dan luar.

Dikombinasi pula dengan Korean Plant Stem Cell (Stem Sel dari Korea) yang berupaya mengurangkan garis halus dan kedutan, menjadikan kulit cerah dan anjal dan Advanced Hydra – Collagen yang berupaya membantu memperbaiki kolagen kulit.

Dengan formula hebat ini, banyak faedah yang boleh didapati dalam satu krim ini iaitu antaranya melembap, kulit tanpa stress, mencerah, tona kulit lebih sekata, mengecilkan saiz pori, menenangkan, mengurangkan kedutan dan garisan halus, menegangkan kulit wajah, membentuk wajah (V shape), mengurangkan cela kulit, menambah seri, menyegarkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan menjadikan kulit lebih lembut dan licin.100% wanita telah menyedari perubahan drastik wajah mereka hanya dalam 7 hari!*

SimplySiti Dermagic Beauty Moisturiser juga telah diuji dan disahkan oleh Ahli Dermatologi serta disahkan Halal oleh pihak Jakim.

Regim produk kecantikan SimplySiti Dermagic merangkumi:

  1. Dermagic Beauty Moisturiser
  2. Dermagic Intensive Serum
  3. Dermagic Complete Eye Cream
  4. Dermagic Purifying Scrub
  5. Dermagic Relaxing Mask

dan diformulasi bagi melengkapi serta sesuai digunakan bersama dengan mana-mana rangkaian produk penjagaan kulit SimplySiti sedia ada sama ada C-Bright, New Age, mahupun Clear Solution.

Rangkaian produk SimplySiti Dermagic ini boleh didapati di pasaran mulai 1 Februari 2012 di rangkaian niaga SimplySiti di seluruh Malaysia serta Brunei. Selari dengan pelancaran produk yang julung-julung kali dilancarkan ini, suatu peraduan Percutian Stress-Free Getaway bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Air Asia X ke Sydney turut dilancarkan yang telah mendapat tajaan daripada Air Asia X. Untuk menyertainya, pengguna SimplySiti kena membeli barangan Dermagic dalam satu bil dengan harga minima RM69.90 dan isikan borang yang disediakan. Good luck ya!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan & promosi hebat lain, layari www.simplysiti.com.my.

Kini, tiada lagi stres. Alamilah kecantikan tanpa stres dengan SimplySiti Dermagic! Krim Dermagic Hanya RM49.90!

VIDEO BUDIEY & SITI NURHALIZA DI KILANG SIMPLYSITI, KOREA

PART 1:

PART 2:

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fly To London With Big To Watch Qpr Vs Liverpool Live

8TV Catat Rating Tertinggi Sempena Tahun Baru Cina