in , ,

Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo

Memperkenalkan Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo dan Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser – rutin 2 langkah mudah yang diformulasikan oleh National Skin Centre (NSC), Singapura untuk membantu memulihkan kulit kepala anda yang sihat dengan pantas!

Suu Balm, produk penjagaan kulit sensitif yang terulung dengan bangganya memperkenalkan Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo bagi melengkapkan Suu Balm Scalp Care Duo bersama Rapid Itch Relief Spray Moisturiser.

Dengan rumus formula oleh National Skin Centre di Singapura, gandingan kedua-dua penjagaan kulit kepala ini direka untuk mengurangkan masalah kulit kepala yang kering, gatal, berkelemumur dan sensitif. Selain itu, Suu Balm Scalp Care Duo ini memulihkan kesihatan kulit kepala dengan mengurangkan kelemumur dalam masa 4 hari serta melegakan kegatalan dalam beberapa minit dengan hanya dua langkah rutin penjagaan kulit kepala. 

Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo BAHARU

Disebabkan oleh cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, rakyat Malaysia lebih terdedah kepada masalah kulit kepala yang kering dan sensitif sehingga menyebabkan kulit kepala gatal dan mengelupas.

Tambahan pula, bagi pemakai hijab di Malaysia, mengekalkan kesihatan kulit kepala di bawah lilitan tudung berpanjangan sememangnya menjadi satu cabaran. Dengan berpegang pada falsafah “Made To Soothe”, produk keluaran terkini Suu Balm menawarkan penyelesaian yang menyejukkan dan melegakan kulit kepala yang gatal serta tidak selesa. Penyelesaian ini berkesan kerana Suu Balm hanya menggunakan bahan ultra-lembut dan berkualiti tinggi agar isu kulit kepala tidak menjadi lebih teruk. 

Semua produk Suu Balm adalah bebas silikon, sulfat, paraben dan pewangi. Produk Suu Balm yang dirumuskan serta disahkan oleh pakar dermatologi direka khas agar bersifat hipoalergenik iaitu selamat untuk semua jenis kulit dan memberi penekanan kepada kulit yang kering, gatal mahupun sensitif. Tambahan pula, semua produk disahkan halal dan sesuai digunakan oleh pemakai tudung. 

Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo BAHARU

Suu Balm Scalp Care Duo memperkenalkan rutin dua langkah yang mentransformasikan kesihatan kulit kepala dengan pengurusan kelemumur dan kegatalan secara pantas sambil melembapkan serta memulihkan pelindung kulit kepala (scalp barrier). 

LANGKAH 1: Syampu 

Pertama sekali, cuci dan legakan kulit kepala menggunakan Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo. Formula ini diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif anti kelemumur – Piroctone Olamine, Climbazole, dan Capryloyl Glycine – semuanya sesuai untuk kulit kepala sensitif. Selain itu, formula ini juga mengurangkan kulit kepala yang mengelupas dalam masa tujuh hari serta mengandungi mentol semula jadi yang menyejukkan dan melegakan kegatalan dengan pantas. 

LANGKAH 2: Sembur 

Untuk kelegaan segara semasa berada di luar, tiba masanya bagi Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser untuk menyinar. Semburan kulit kepala berasaskan air ini mengandungi mentol penyejuk semula jadi dan seramida serupa kulit (skin-identical ceramides) yang membantu melegakan kegatalan kurang dari 5 minit. Semburan ini juga direka tanpa alkohol, paraben atau wangian yang mengeringkan kulit kepala dan secara tidak langsung menjamin keseimbangan antara kelegaan pantas dan kelembapan berpanjangan. Mereka yang kerap mengalami kegatalan serta masalah kulit seperti dermatitis seborrheic, kelemumur teruk, kulit kepala kering, dan sensitif amat sesuai menggunakan produk ini. 

“Di Suu Balm, misi kami adalah memberikan kelegaan berkesan dan pantas sambil mengembalikan keyakinan setiap individu dengan memiliki kulit kepala yang sihat dan selesa. Dengan kerjasama yang rapi bersama National Skin Centre di Singapura, pakar di belakang tabir semua rangkaian produk Suu Balm, Dr Tey Hong Liang telah membangunkan solusi holistik untuk penjagaan kulit kepala serta menggunakan bahan yang terpilih dan berprestasi tinggi. Pendekatan ini memberi penekanan pada faktor utama masalah sambil memastikan kesan kelegaan yang pantas. Dengan Suu Balm Scalp Care Duo TERBARU ini, kami bukan sekadar menangani gejala bahkan kami mengubah cara anda menjaga kulit kepala sedikit demi sedikit,” kata Dr. John O’Shea, pengasas bersama Good Pharma Dermatology, firma di sebalik Suu Balm. 

Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo BAHARU

Terokai kuasa transformasi Suu Balm Scalp Care Duo dan mulakan perjalanan anda ke arah kulit kepala yang lebih sihat dan bebas kegatalan. 

● Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo – RRP: RM74.90 (230ML); RM119.90 (480ml) 

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser – RRP: RM53.90 (40ml); RM105.90 (100ml) 

● Suu Balm Scalp Care Bundle terdiri daripada Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo (480ml) dan Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser (40ml) – RRP: RM169.80 

Produk Bundle Suu Balm boleh didapati di E-Store, Lazada dan Shopee manakala produk individu boleh didapati di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Caring.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.suubalm.com.my atau ikuti Suu Balm di Facebook dan Instagram @suubalm_my. 

Hilangkan Kelemumur, Legakan Kegatalan dengan Suu Balm Scalp Care Duo BAHARU

About Suu Balm 

A wholly owned subsidiary of Good Pharma Dermatology (GPD) Pte Ltd in Malaysia, Livemed Sdn Bhd is one of the fastest growing consumer health companies in the derma skincare category. Our core commercialised brand is Suu Balm – a premium, ultra gentle yet highly effective skincare range specially formulated by an expert dermatologist at the National Skin Centre in Singapore to rapidly soothe dry, itchy, sensitive skin and scalp. 

Having grown rapidly since inception, Suu Balm is now available in more than 10 countries across Asia, UK and Ireland with over 2 million tubes sold globally – constantly empowering our consumers to be confident in their own skin and scalp so #ICanBeMeAgain! 

While we prioritise addressing the unmet needs of our consumers over profit, we are also focused on creating products of uncompromising quality by using the most gentle and premium ingredients with innovative, environmentally responsible products in the pipeline. Up to date, Suu Balm has expanded the range to address consumer needs from head to toe with adult, kids, facial and scalp range. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alami Semarak Merdeka di Alamanda Putrajaya & Mesra Mall Kemaman

Sekitar KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC