in , ,

Hikmah Covid-19, Nora Danish Menangis Dapat Khatam al-Quran

Kejayaan khatam al-Quran pada 10 malam terakhir Ramadan adalah satu pencapaian luar biasa buat pelakon jelita, Nora Danish, 38.

Umum sedia maklum bahawa Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca, dihafal atau ayatnya dijadikan hiasan pada dinding rumah. Malah, Al-Quran ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan setiap umat Islam di dunia ini. Menurut sabda Nabi Muhammad dalam sebuah hadis bermaksud:

“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Oleh itu, sebagai seorang umat Islam, kita perlulah menjadi golongan digelar sebagai sebaik-baik umat iaitu terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Nora memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya dan telah berjaya meraih lebih 80,900 ribu tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Ternyata, Nora sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk melakukannya walaupun jadualnya yang senantiasa padat dan penuh dengan aktiviti serta kerjayanya sebagai seorang selebriti terkenal tanah air.

Nora turut memberitahu bahawa Khatam Quran ini dihadiahkan buat arwah bapanya.

View this post on Instagram

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼‍♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Sebelum ini, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada 2005 itu menangis minta pertolongan Allah SWT supaya memberikan jalan mudah mengaji hingga berjaya menghabiskan bacaan al-Quran.

Nora berkata, aturan Allah sangat cantik apabila berjaya menghabiskan bacaan pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Allah Maha Mendengar tanpa mengira siapa dan bagaimana seseorang. Saya nakal dan suka ponteng mengaji pada masa kecil. Biasalah, perangai kanak-kanak.

“Sebab itu, saya menangis dan sebak pada saat berjaya khatam al-Quran. Saya anggap ini kejayaan luar biasa buat saya yang jahil ini. Saya juga tak sangka berjaya khatam al-Quran dalam pada Ramadan. Sukar saya nak gambarkan perasaan ketika itu.

“Saya percaya sekiranya kita terus merayu kepada Allah, pasti dikabulkan niat yang baik,”

– Nora Danish

Di sebalik tangisan kegembiraan, pelakon drama Mak Cun lebih sayu dan sebak.

“Allah bukan sahaja memberikan saya kesempatan terindah dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini. Apa yang membuatkan saya lebih tersentuh mengenai al-Quran digital yang digunakan.

“Tanpa diduga saya menerima mesej langsung di Instagram (IG) daripada Pengarah Operasi My Qalam Sdn Bhd, Siti Munirah Shahrudin yang mengucapkan terima kasih atas sudi menggunakan al-Quran digital dan memberi motivasi kepada orang ramai untuk mempelajarinya,”

– Nora Danish

Nora berkata, terlalu banyak permintaan mahukan al-Quran digital yang sama seperti yang digunakan.

“Ramai pelanggan ke kedai cakap mahu al-Quran seperti ‘Nora Danish’ punya. Tanpa disedari, dalam ketidak sempurnaan bacaan yang dikongsi menerusi IG Story membuat lebih ramai yang mahu membaca al-Quran. Alhamdulillah,” katanya.

– Nora Danish

Katanya, dia sentiasa percaya contoh yang baik akan menjadi dakwah dalam diam, selain mampu memberi inspirasi dan galakan.

“Apabila melihat kesungguhan teman seperjuangan, Siti Elizad Sharifuddin berjaya khatam al-Quran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa menyuntik semangat saya melakukan perkara yang sama.

“Dalam hidup banyak contoh atau teladan baik yang boleh menyuntik semangat, apatah lagi pada fasa diuji ketika ini. Nak diikutkan, ada sahaja cerita tak elok dalam tempoh PKP termasuk kedegilan sikap segelintir masyarakat yang ingkar arahan kerajaan.

“Saya pilih menyerap aura positif, negatif pula tolak ketepi. Seperti berjaya khatam al-Quran, ia bermula melihat kejayaan Elizad dan saya terpanggil melakukan perkara yang sama,”

– Nora Danish

Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat berkata, dia bersyukur berjaya menghabiskan bacaan al-Quran kali ini.

“Ada hikmah di sebalik PKP ini. Saya boleh memberi tumpuan penuh 110 peratus untuk menghabiskan bacaan al-Quran. Jika tidak, ada sahaja dugaan yang membantutkan niat. Insya-Allah, misi saya mahu mencuba menguasai isi terjemahan dalam al-Quran, selepas ini,” katanya.

– Nora Danish
Nora Danish

Bagi Nora, proses khatam al-Quran tidak semudah yang difikirkan.

“Mungkin mudah bagi orang lain, tetapi tidak bagi saya. Niat mahu khatam al-Quran sudah bertahun tersekat, selain terbatas dengan kesibukan kerja. Akhirnya saya berjaya menghabiskannya.

“Bayangkan, tempoh PKP inilah terdetik dan tergerak hati nak cari pen al-Quran digital yang dihadiahkan Pencetus Ummah, Hafiz kepada anak saya, Putra Rayqal Ramli. Masa itu, saya hanya mahu memastikan Rayqal terus mengaji kerana bimbang dia terlupa sekiranya berhenti.

“Namun, aturan Allah jadi sebaliknya, saya pula terpanggil untuk mengaji. Berkat sokongan suami dan ibu, semuanya berjalan dengan sempurna. Saya hadiahkan kejayaan khatam pertama ini untuk arwah papa,” katanya.

– Nora Danish

Nora berkata, arwah bapanya meninggal ketika usianya 12 tahun akibat serangan asma. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Seattle, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Siti Munirah berkata, gara-gara entri yang dimuatkan naik Nora, My Qalam tidak menang tangan.

Nora Danish

“Awalnya, laman website tersekat akibat terlalu banyak tempahan. Orang ramai mula beratur panjang hingga ke tangga kedai selepas melihat kejayaan Nora khatam al-Quran ini.

“My Qalam mohon maaf sekiranya terlepas pandang mesej yang dihantar kepada laman IG, @myqalamhqofficial sejak beberapa hari lalu. Diakui, kami tak menang tangan menerima mesej bertanyakan al-Quran digital yang digunakan Nora,” katanya.

– Nora Danish

Syukur Alhamdulillah. Walaupun berbaki 9 hari lagi sehingga tamatnya bulan Ramadan, Nora berjaya menghabiskan waktunya dengan mengaji dan akhirnya khatam Al-Quran.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemuda Ini Guna Wang Bantuan Jadikan Modal Perniagaan Buah

Zul Yahya Seru Artis Tinggalkan Industri Hiburan, Sekali Yana Samsudin Bidas Balik