in

Hikayat Merong Mahawangsa Kini Dalam Bentuk DVD

DVD Hikayat Merong Mahawangsa
Versi Bajet, Ekonomi & Perdana

29 April 2011, Cyberjaya – Fenomena filem epik/aksi “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios masih lagi terasa bahangnya. Setelah berjaya mengutip RM6.8 juta di pawagam, kini DVD HMM mendapat sambutan hangat di pasaran dengan penjualan melebihi 50,000 keping DVD bagi minggu pertama pengedaran. KRU Studios mengambil langkah strategik dengan mengeluarkan filem ini didalam bentuk cakera DVD didalam 3 versi dan struktur harga seperti berikut: –

1. Versi Perdana (Premium)
Versi Perdana adalah cetakan terhad dan esklusif yang mensasarkan pembeli yang mengutamakan kualiti dan yang gemar mengumpul koleksi DVD filem-filem yang mempunyai nilai produksi dan seni yang tinggi seperti HMM. Pengisian eksklusif termasuk babak yang disunting keluar (yang berlainan dengan babak akhir versi filem) selain dokumentari tentang Merong Mahawangsa turut disertakan didalam pakej dwi-DVD ini. Dan buat julung kalinya, HMM merupakan filem tempatan yang pertama dikeluarkan didalam format odio Surround 5.1.

merong_inlay_DVD_standard

Harga Runcit : RM49.90
Kandungan :
1. Filem – Versi Tempatan
2.Dokumentari Merong Mahawangsa
3. Babak Eksklusif yang disunting keluar oleh Pengarah
4. Di Sebalik Tabir HMM
5. MTV Lagu Tema HMM – “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain
6. Treler
7. Adunan Bunyi – 5.1 Surround
8. Sampul DVD Eksklusif

2. Versi Ekonomi (Standard)
Versi Ekonomi adalah format yang menjadi kebiasaan di pasaran bagi DVD filem-filem tempatan. DVD ini boleh didapati dihampir kesemua kedai DVD di pusat-pusat membeli belah.

Harga Runcit : RM19.90
Kandungan : 1. Filem – Versi Tempatan
2. Di Sebalik Tabir HMM
3. MTV Lagu Tema HMM – “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain
4. Treler
5. Adunan Bunyi – Stereo

3. Versi Bajet (Budget)
Versi Bajet mensasarkan golongan pembeli yang kebiasaannya membeli DVD di pasar malam. Versi bajet juga berperanan untuk menggalakkan peniaga di gerai-gerai pasar malam serta pembeli untuk memilih membeli barangan asli dan bukannya cetak rompak.

Harga Runcit : RM9.90
Kandungan : 1. Filem – Versi Tempatan
2. Treler
3. Adunan Bunyi – Stereo

Selain dari pengedaran di kedai-kedai DVD, United Studios (syarikat pengedaran milik penuh KRU) juga mengambil tempahan secara pos yang boleh dibeli di Postme.com.my, CIMB Clicks serta Facebook United Studios.

“Hikayat Merong Mahawangsa” menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

“Hikayat Merong Mahawangsa” adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang.

Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

merong_inlayDVD_premium

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Gelora Di Hati Ibu Lakonan Norish Karman

Modern Marvels World’s Biggest Machines