in

HIDUP WAKANDA!

Hotels.com laporkan peningkatan ketara dalam pencarian Wakanda Park, Wisconsin berikutan populariti filem Black Panther

15 MAC 2018, KUALA LUMPUR: Sebuah bandar kecil di Wisconsin, Amerika Syarikat kini semakin mendapat perhatian ramai. Hotels.com™ mendapati bahawa pencarian bagi Wakanda Park di Menomonie telah meningkat sebanyak 55% secara tahunan dalam tempoh dua bulan lepas*, kerana para penggemar filem sibuk mencari kerajaan Afrika khayalan ini, yang hanya wujud dalam filem pecah panggung terbaharu, Black Panther.

Wakanda, yang dihuni oleh Raja dan rakyatnya, ialah negara paling canggih dari segi teknologi di dunia. Namun, para pelancong yang mengunjungi Wakanda Park, Wisconsin, dengan penduduk tidak sampai 20,000**orang, mungkin tidak akan menemui manik holograf atau pakaian nanoteknologi. Namun begitu, mereka pasti tidak akan hampa kerana destinasi tersebut mempunyai taman tema air.

Sejak mengesan lonjakan dalam pencarian Wakanda Park, Wisconsin, pakar-pakar kembara di Hotels.com mendapati permintaan juga memuncak bagi bandar-bandar lain dengan nama Wakanda atau serupa di seluruh dunia, sambil para peminat tercari-cari tempat tinggal adiwira dalam filem ini.

Pencarian Wauconda, Illinois (yang juga disebut Wakanda) meningkat lebih 25% manakala Makanda, juga di Illinois, naik lebih 40% secara tahunan. Malah ada tempat yang lebih jauh lagi, iaitu Wakaya, di Fiji yang meningkat kadar pencariannya lebih 235% sedangkan Wakkanai di Jepun pula mencatatkan kenaikan 55% secara tahunan.

Jessica Chuang, Pengarah Serantau China Raya, Asia Tenggara & India, jenama Hotels.com mengulas: “Portfolio hotel kami meliputi lebih daripada 200 negara dan wilayah di seluruh dunia, tetapi belum sampai ke Wakanda. Kami sedang mempertimbangkan untuk bertapak di sana.”

“Filem ini telah menyentuh hati dan menarik perhatian berjuta-juta penggemar filem di seluruh dunia. Memang filem ini sungguh hebat dan kita sering melihat budaya pop menjadi inspirasi kepada pilihan pelancongan. Kami gembira untuk melihat para pelancong ingin mencari tempat asal Black Panther, sehingga membawa mereka dari Wisconsin hinggalah ke Jepun. Hidup Wakanda!”

Bagi pelancong yang ingin mengunjungi Wakanda Park, Wisconsin, Hotels.com mengesyorkan beberapa tempat penginapan menarik:

· Best Western Plus Menomonie Inn & Suites – Hotel ini mencatatkan penarafan 9.2 daripada ulasan tetamu sah Hotels.com, sesuai untuk penginapan adiwira. Terletak hanya beberapa minit dari Wakanda Park, tetamu boleh menikmati kolam dalam bangunan dan pusat kecergasan, yang membolehkan mereka membina otot seperti adiwira. Bilik-bilik boleh ditempah dengan harga daripada MYR 422 sebilik untuk satu malam***.

· Hampton Inn & Suites Menomonie-UW Stout – Terletak di jalan bersebelahan North Broadway Street, lokasi hotel nilai berpatutan ini tidak jauh dari Wakanda Park. Mungkin teknologinya tidak setanding dengan negara paling canggih di dunia – tetapi ia tetap menawarkan Wi-Fi percuma kepada semua tetamu. Bilik-bilik boleh ditempah daripada harga MYR 505 sebilik untuk satu malam.

· Cobblestone Inn & Suites at UW Stout Downtown Menomonie – Terletak di tengah-tengah bandar Menomonie, hotel ini mendapat penarafan ‘cemerlang’ dengan markah 9.8 berasaskan ulasan tetamu sah Hotels.com. Nikmati sarapan bufet menyelerakan selepas tidur lena sepanjang malam di hotel ‘Marvel-ous’ ini. Kedudukannya tidak sampai sepuluh minit perjalanan dengan kereta dari Wakanda Park. Bilik-bilik boleh ditempah daripada harga MYR 391 sebilik untuk satu malam.

Hotels.com mengesyorkan hotel-hotel berikut yang berunsur futuristik bagi menyerlahkan sifat adiwira masing-masing dan menikmati penginapan maya paling canggih:

· Hotel Container, Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel Container menyediakan penginapan ultra moden dan termampu di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Hotel mesra alam ini dibina daripada kontena pengangkutan boleh diguna semula dan menyediakan bilik-bilik bergaya yang dilengkapi kemudahan akses Wi-Fi. Ciri minimalis memang terserlah di Hotel Container – dengan penginapan yang bersesuaian dengan namanya. Bilik-bilik boleh ditempah daripada harga MYR 121 sebilik untuk satu malam.

· Hotel Huis Ten Bosch Henn na , Sasebo, Jepun
Henn, bermaksud “berubah” dalam Bahasa Jepun. Hotel ini menggunakan teknologi masa depan di mana tetamu akan dilayan dengan robot, malah pelbagai jenis robot. Daripada robot dinosaur yang bertutur dalam berbilang Bahasa di meja pendaftaran masuk, kepada lengan robot yang menyimpan bagasi tetamu, atau robot pengangkut beg yang menghantarnya ke bilik, setiap tetamu dibawa memasuki alam teknologi serba canggih. Anda boleh beristirahat selepas penat bermain di taman tema Huis Ten Bosch. Hotel ini terletak di dalam taman tema tersebut. Bilik-bilik boleh ditempah daripada harga MYR 872 sebilik untuk satu malam.

· Hotel Dream Downtown Hotel, New York, Amerika Syarikat
Disaluti sepenuhnya dengan logam berliang, hotel mengagumkan ini sememangnya sesuai dibina di Wakanda. Hotel Dream Downtown yang terletak di kawasan Meatpacking District yang anggun menampilkan kolam berdasar kaca, bar tepi kolam dan ruang santai di atas bumbung, dengan pemandangan menakjubkan pada waktu malam. Hiburan secara langsung yang menarik dibawakan oleh para DJ dan koktel lazat turut disediakan. Tingkap magun besar menjadi bingkai yang menghamparkan pemandangan indah bandar raya manakala 314 bilik tetamu begitu anggun dan bergaya. Antara kemudahan yang disediakan termasuk Wi-Fi, TV LED skrin rata dengan papan kunci tanpa wayar dan sambungan laptop, menampilkan ciri-ciri canggih yang nyata. Bilik-bilik boleh ditempah daripada harga MYR 685 sebilik untuk satu malam.

· Hotel Puerta America, Madrid, Sepanyol
Reka bentuk hotel ini seolah-olah menjelma dari dunia rekaan sains. Sambil tetamu terbaring di atas katil dan melihat silingnya yang canggih, mereka mungkin terasa seperti terapung-apung di angkasa lepas. Bilik-bilik tersebut, yang direka oleh para pereka pemenang anugerah Pritzker termasuk Zaha Hadid dan Jean Nouvel, akan membuatkan para tetamu terasa seperti berada di angkasa lepas, tanpa perlu meninggalkan Bumi. Tersergam di tengah-tengah bandar raya Madrid yang menawan, bilik-bilik hotel boleh ditempah pada harga MYR 461 sebilik untuk satu malam dan ke atas.

· Yas Viceroy Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Tiada yang melambangkan kecanggihan teknologi masa depan seperti pulau yang dicipta oleh manusia. Hotel Yas yang menjadi mercu tanda utama di pulau buatan manusia yang dinamakan Pulau Yas, dan jelas melambangkan kehebatan Abu Dhabi. Reka bentuk melengkung dan lampu LED menyerlahkan bumbung dengan warna berubah-ubah. Salah satu daya tarikan utama hotel ialah peluang melihat kereta lumba Formula 1 bersaing di Litar Formula 1 Yas Marina mengelilingi kawasan hotel. Bilik-bilik boleh ditempah pada harga MYR574 sebilik untuk satu malam dan ke atas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enjoy Freebies with Samsung’s Big Games, Big Screens Campaign

Ibu Dedah Punca Elfira Dan Sufian Putus Tunang?