in , ,

Hatta Dolmat Perkenal Koleksi Lestari Pertama di Pentas Digital KLFW 2020

Hatta Dolmat Perkenal Koleksi Lestari Pertama Di Pentas Digital Klfw 2020 Dan Merevolusikan Industri Fesyen Tempatan Ke Arah Kelestarian

Hatta Dolmat merupakan pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah. Beliau menggabungkan elemen fesyen dan kemampanan alam sekitar sebagai paksi utama koleksi HD Monogram yang dilancarkan di KLFW Digital 13 November ini.

Beliau juga memandang isu lambakan sisa plastik dan tekstil yang berleluasa serta mengambil serius terhadap industri fesyen yang merupakan antara industri terbesar yang menghasilkan sampah dan pencemaran selepas industri petroleum.

HATTA DOLMAT

Industri fesyen merupakan industri pengeluar sisa sampah dan pencemaran kedua terbesar selepas industri petroleum.

Dikala kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran sisa plastik yang tidak terkawal, kita juga telah dihadapkan dengan masalah lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah.

Justeru, selaku pereka fesyen dan seorang usahawan, ini merupakan tanggungjawab saya untuk mendidik dan memberi laluan yang kondusif bagi semua pereka fesyen untuk mengikuti jejak langkah saya dalam merevolusi industri kearah yang lebih lestari,”

– Hatta Dolmat

Beliau juga yang bermula sebagai seorang pelukis dan artis berpendapat, pereka fesyen seharusnya menjadi lebih peka terhadap masalah isu semasa dan melihat apa yang boleh dibantu melalui hasil rekaan dan seni masing masing. Sejajar dengan gerakan kempen ‘Hatta Dolmat’s: Sustainable Awareness Movement’ dan sambutan ulang tahun Hatta Dolmat ke-15 di dalam industri fesyen, Hatta telah melancarkan koleksi lestari sedia pakai HD Monogram khusus bagi KLFW Digital 2020 pada 13 November ini dan disiarkan di saluran Hurr.TV.

Penghasilan koleksi ini bukan sekadar hanya sebuah koleksi baru bagi mengisi ruang tayangan KLFW, namun Hatta menggunakan peluang ini bagi menghasilkan sebuah koleksi yang mempunyai nilai etika yang tinggi baik dari segi pemilihan kain, penghasilan dan dari segi kelestarian juga dikawal rapi oleh pihak yang turut berkolaborasi bersama Hatta. Koleksi lestari sedia pakai HD Monogram merupakan gabungan kerjasama tiga sektor

induk terdiri daripada Hatta Dolmat, SWCorp dan Kloth Cares yang berhasrat untuk mendidik masyarakat tentang kepenggunaan semula bahan kitar semula mampu untuk menghasilkan koleksi pakaian yang berkualiti tinggi. Berbekalkan data yang diperolehi secara tahunan daripada SWCorp, Hatta dan Kloth Cares bekerjasama dengan rapat dengan mencari kaedah yang mudah bagi menghasilkan koleksi lestari sedia pakai HD Monogram.

Koleksi ini dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi yang mengandungi 60 peratus bahan kitar semula plastik botol (rPET) dan digabungkan bersama 40 peratus kapas (bahan organik).

HATTA DOLMAT

Tugas saya selaku pereka fesyen adalah untuk menghasilkan pakaian yang mempunyai nilai etika yang tinggi kepada pengguna. Setelah 15 tahun di dalam industri, saya kini memngambil serius isu kelestarian dan industri kita perlu sebuah revolusi secara strategik.

Industri fesyen telah disimbah dengan limpahan populariti dan kemewahan sejak sekian lama, namun tanpa disedari, kami selaku pereka juga memikul tanggung jawab sebegai penggerak ekonomi dunia.

Malangnya, kita sudah jauh ketinggalan. Saya perlu mendidik rakan seperjuangan saya dan juga masyarakat untuk celik minda dan celik akal dalam melihat realiti kepentingan kelestarian,”

– Hatta Dolmat

Proses penghasilan fabrik daripada botol plastik bukan lagi satu rahsia teknologi yang tidak diketahui umum. Teknologi penghasilan fabrik daripada botol plastik ini telah diinovasikan daripada Jerman namun kini penghasilannya telah dibuat di negara lain seperti China dan India.

Malangnya, teknologi ini masih belum dilakukan di Malaysia. Proses pengahasilan fabrik ini dilakukan bermula daripada pengumpulan bahan seperti botol plastik untuk dimampatkan dan dibawa ke kilang pemprosesan.

Botol plastik yang telah dimampatkan ini dihancurkan, dicairkan serta dibentuk kepada ketulan plastik yang lebih kecil untuk sekali lagi dihancurkan serta diputar dan akhirnya menghasilkan kepada benang viscose. Proses ini juga menggunakan kurang tenaga sebanyak 30% berbanding proses penhasilan pakaian secara konvensional.

Setiap tahun, janaan dan lambakan sisa plastik botol dan fabrik di Malaysia amatlah membimbangkan dan ini telah menyebabkan ekosistem sesebuah kawasan itu terjejas dengan sangat teruk hasil kurangnya ilmu dan amalan sikap acuh tak acuh oleh mereka yang terlibat. 

“Disebalik kepesatan perkembangan industri fesyen dan tekstil tempatan, kita tidak dapat menafikan bahawa industri ini juga merupakan antara industri terbesar yang menghasilkan janaan sisa tekstil di pusat pelupusan sampah.

Sebanyak 195,300 tan sisa tekstil (bersamaan 325 juta pakaian) dikumpulkan di pusat pelupusan sampah selama setahun.

Oleh yang demikian, saya selaku rakyat Malaysia yang telah mempunyai pengaruh dan suara di kalangan masyarakat ingin menjadi seorang perintis yang pertama di Malaysia dalam mendidik masyarakat terutamanya golongan pemain industri di dalam industri fesyen tentang kelestarian fesyen.”

– Hatta Dolmat
HATTA DOLMAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Radio Memperkukuh Kekuatan Digital

Major Lazer To Release Fourth Album Music Is The Weapon