in ,

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat kini sedang melancarkan kempen koleksi ready-to-wear beliau yang terbaru bagi rangkaian pakaian lelaki dan wanita beliau, Hatta Him dan Hatta Hijab.

Bertemakan spring dan summer, koleksi pakaian terbaru ini diperincikan dengan pelbagai warna dan corak bunga atau floral yang memberikan kelainan kepada koleksi sebelum ini yang berkonsepkan monotone atau minimal.

Melalui rekaan terbaru ini, beliau cuba untuk mengetengahkan kelainan kepada rekaan cardigan dan cape menggunakan material heavy schiffon yang lebih selesa, sesuai dengan pemakaian gaya kasual wanita yang inginkan kelainan.

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Rekaan terbaru bagi Hatta Hijab ini juga termasuk tudung daripada pelbagai warna, corak dan bentuk, skirt panjang 3D lace, butterfly-printed cardigan, net cardigan dan butterfly-printed palazzo pants.

Selain pakaian bagi wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dengan koleksi terbaru printed floral jacket, dipenuhi dengan warna dan perincian corak bunga yang berbeza, sesuai digunakan secara kasual pada bila-bila masa.

Tidak ketinggalan, beliau juga mengeluarkan koleksi jumper terbaru Hatta Dolmat berwarna hitam dan putih, diperbuat daripada material cotton yang tidak terlalu tebal, sesuai dengan cuaca dan pemakaian kasual, sama ada bagi lelaki atau wanita.

Selain itu juga, Hatta juga memperkenalkan rekaan sweatpants buat pertama kali bersama dengan keluaran terbaru ini yang diperbuat daripada fabrik cotton yang selesa, sesuai dipakai oleh lelaki mahupun perempuan untuk pemakaian santai atau lasak.

Kadar harga bagi koleksi ini bermula daripada RM 50 ke RM 400. Untuk mendapatkan koleksi terbaru ready-to-wear ini, kunjungi butik Hatta Dolmat Couture di Shah Alam selagi stok masih atau layari laman Instagram rasmi beliau di @hattadolmatofficial untuk maklumat lanjut.

HATTA DOLMAT COUTURE
NO 22-A, JALAN PLUMBUM P7/P
SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gerak Khas Musim Baharu 2015 Kembali di TV2

Filem SUAMI AKU USTAZ Adaptasi Novel Terlaris