in ,

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia Bakal Disiarkan di Aplikasi Tamago

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia bakal disiarkan secara langsung melalui aplikasi penstriman langsung terbaharu di Asia Tenggara: Tamago

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia yang dinanti-nantikan bakal berlansung pada 16 Disember ini di Arena Axiata, Bukit Jalil akan distrim secara langsung melalui aplikasi Tamago secara percuma. Aplikasi Tamago yang baru dilancarkan hari ini oleh Astro, merupakan sebuah aplikasi penstriman langsung sosial terbaharu di Asia Tenggara.

Kunci Utama:

– Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia akan distrim secara langsung di Tamago secara percuma.
– Peminat-peminat Hatsune Miku yang tidak dapat menghadiri konsert tersebut boleh memuat turun aplikasi Tamago untuk menikmati acara ini pada 16 Disember 2017.
– Tamago merupakan sebuah aplikasi penstriman langsung sosial terbaharu oleh Astro, yang membolehkan penggunanya untuk menonton atau menstrim kandungan video secara langsung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Saksikan penstriman secara langsung Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia melalui Tamago

Yubin Ng, Ketua Tamago:
“Kami amat teruja untuk membawakan strim secara langsung Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia di Tamago, dan kami turut berterima kasih kepada rakan kongsi dan penganjur bersama kami, Crypton Future Media, INC. dan juga Digi sebagai penaja konsert ini. Hatsune Miku mempunyai berjuta-juta peminat di seluruh dunia, mereka yang tidak dapat hadir ke konsert ini, kini dapat menonton konsert ini secara langsung di Tamago. Konsert ini boleh distrim secara langsung oleh semua pada 16 Disember dengan hanya memuat turun aplikasi percuma Tamago.”

Tamago merupakan sebuah aplikasi penstriman langsung sosial terbaharu oleh Astro, yang membolehkan penggunanya untuk menonton atau menstrim kandungan video secara langsung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Sejak diperkenalkan, aplikasi ini telah mencatatkan lebih 150,000 pengguna di seluruh Asia Tenggara. Para penonton yang bakal menyaksikan Miku Expo 2017 di Malaysia dapat menikmati sebuah pengalaman yang unik, termasuk liputan istimewa dan pandangan VIP. Persembahan pembukaan tirai oleh artis serba boleh popular, Zizan Razak dan sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert turut akan distrim secara langsung melalui Tamago. Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti dan temuduga istimewa yang akan dimuat naik kepada aplikasi Tamago pada hari konsert.

Selain Miku Expo 2017 di Malaysia, rakyat Malaysia juga boleh menonton video secara langsung dari acara-acara dan rancangan realiti yang mengasyikkan, seperti Office War, eGG Clan dan pelbagai liga utama dan kecil DotA 2 dari eGG Network dan rancangan realiti Symphony of Love. Pengguna juga dapat menonton penstriman secara langsung dari lebih 190 penyiar yang kini di Tamago, termasuk selebriti Astro dan influencer popular.

Sesiapa sahaja boleh menjadi Bintang
Di Tamago, penonton mempunyai pilihan untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka dengan menghantar hadiah maya, yang memberi peluang kepada pencipta kandungan untuk mendapatkan bayaran dengan serta-merta.

“Penstriman secara langsung tidak memerlukan peralatan atau produksi professional, jadi sesiapa sahaja boleh menggunakan Tamago untuk mempamerkan bakat mereka. Sebagai contoh, seorang jurubank yang gemar membuat muzik kini boleh menjadi busker selepas waktu bekerja. Dengan hadiah maya, pencipta kandungan boleh mendapat maklumbalas segera tentang pilihan penonton mereka yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri mengikuti citarasa penonton. Semakin mereka menyesuaikan diri, semakin bertambah pendapatan mereka. Kitaran ini mampu membantu bakat-bakat Tamago untuk berjaya dengan lebih pantas, serta menambah peluang untuk mereka maraih perhatian daripada media arus perdana, dibantu oleh kerjasama antara Astro dan Rocketfuel Entertainment, agensi peneraju bakat dan kandungan digital Malaysia,” tambah Ng.

Murali ‘Moots’ Marimuthu, Rocketfuel Entertainment:
“Kami perhatikan bahawa, terdapat bakat-bakat yang berpotensi dan masih belum dicungkil melalui kandungan yang dijana pengguna di platform seperti Tamago Sebagaimana kami menemui artis remaja Chaleeda Gilbert di YouTube, kami akan memperhatikan Tamago kerana kami sentiasa mencari personaliti yang boleh menjadi bintang besar yang akan datang.”

Tamago boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store dan Google Play Store. Tontoni video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri Tamago:

Ikuti Tamago:
www.tamago.live
Halaman Facebook Tamago
Muat turun Aplikasi Tamago
#TamagoLive Ikuti Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia
Halaman Facebook Miku Expo 2017 di Malaysia
http://mikuexpo.com/may2017/
#MikuExpoMY

About Tamago
Tamago is a live streaming social network that lets you watch or broadcast live video anytime, anywhere. With Tamago, you can be a super VIP and interact with your favourite personalities up close and personal, or be a superstar: showcase your talent on Tamago and get paid for it. Tamago takes you to both the front row and backstage of the hottest events in town. It also gives you direct access to your favourite personalities from around the region. For content creators, grow your popularity and get paid when viewers buy you gifts during your live streams! Shine on Tamago and kickstart your journey to stardom. With our partnership with Astro, you can stand a chance to become a celebrity and be featured across mainstream media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Yang Berlaku Apabila Muncul Orang Ketiga

Pengajaran Bila Anak Minta Upah Dalam Telemovie 20 SEN