in , ,

Hati Tak Tenang Jadi Perhatian Ramai, Punca Nazrey Keluar Raihan

Bekas vokalis kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani mendedahkan sepanjang dia bersama kumpulan itu hatinya tidak pernah rasa tenang kerana hidup dalam perhatian ramai.

Menerusi satu temu bual dimuat naik di TikTok, Nazrey berkata dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti.

“Selama saya dengan Raihan, saya tak pernah senang hati. Walaupun pergi ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya fikir tentang kerja,”

– Nazrey

Hampir 16 tahun meninggalkan Raihan, Nazrey berkata dia tidak pernah rasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia.

Mengambil keputusan untuk berhenti dari Raihan yang ketika itu berada di puncak, Nazrey berkata dia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampor setiap hari kerana saya tak mahu populariti itu.

“Hati saya jadi tak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan,”

– Nazrey

Kongsinya lagi, selepas pulang dari kampung, Nazrey menyampaikan hasratnya untuk keluar dari Raihan dan mendedahkan keputsannya itu seakan mengundang kemarahan ahli yang lain.

Katanya lagi, ahli yang lain tidak memujuk serta tidak membantah keputusan Nazrey itu dan akhirnya dia keluar dari Rihan serta melakukan kerja-kerja dakwah di Sabah.

“Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata…Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tapi ingat kena yakin dengan rezekiku.

“Ketika saya ingin mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah. Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,”

– Nazrey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elisya Sandha Bersyukur Bunga Elhaq Semakin Disayangi Seluruh Keluarga

Instagram Membolehkan Pengguna Berkongsi IG Stories Selama 60 Saat