in , ,

Malam Pertama Merangsangkan, Lagu HATI Hael Husaini Dijulang Lagu Terbaik SFMM35

Kehangatan kian terasa! Malam pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 35 membuka tirai dengan rangkaian lagu-lagu yang terbaik di kalangan yang terbaik. Lagu manakah nanti yang akan dipilih untuk ke Anugerah Juara Lagu?

Nampaknya, persembahan hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung malam tadi berjaya mencuri hati peminat sehingga trending di laman sosial.

Dihoskan oleh pengacara tetap, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, tirai persembahan dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Stacy menyampaikan lagu Khayal.

Antara barisan penyanyi yang turut tercalon di pentas SFMM35 adalah Dayang Nurfaizah (Sebentar), Sufian Suhaimi & Amira Othman (Takkan Merubah), Kaka Azraff, Noki & Tuju (Gila), YonnyBoi & Azlan The Typewriter (Kelabu), Hael Husaini (Hati), Alif Satar & The Locos (I Want You To Love Me), Naim Daniel ft Tuju (Adakah Kau Menungguku), Ernie Zakri (Gundah), Syamel (Curang) dan Wany Hasrita (Canggung).

Lagu HATI Hael Husaini Dijulang Lagu Terbaik SFMM35

Barisan juri di SFMM35 ialah Ajai, Edry Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer selaku ketua juri.

Seperti biasa, sebuah Lagu Terbaik akan diumumkan disetiap akhir episod SFMM5, tetapi ini tidak semestinya melayakkan lagu tersebut untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 35 tahun hadapan.

Lagu Hati nyanyian Hael Husaini dan dicipta sendiri oleh Hael bersama Ezra Kong diumumkan sebagai lagu terbaik untuk episod SFMM35.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda.

Jangan lupa saksikan episod kedua dan ketiga SFMM35 esok dan Ahad, jam 9 malam di TV3!

Lagu HATI Hael Husaini Dijulang Lagu Terbaik SFMM35
Lagu HATI Hael Husaini Dijulang Lagu Terbaik SFMM35
https://flic.kr/p/2k93niz

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cat Farish Selamat Bernikah Lagi, Inilah Pekerjaan Isteri Dia, Ada Siapa-Siapa Berani Kacau?

Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus