in , ,

Hashtag #StandWithDaiSyed Timbul Trending, Dipergunakan Oleh Peminat K-Pop?

Rata-rata komen yang menggunakan hashtag tersebut kini dibanjiri dengan komen sebaliknya. Mesti ada sebab ini terjadi!

Ketika ini nama penceramah bebas yang juga penyanyi Da’i Syed masih hangat diperkatakan di media sosial sejak minggu lalu, apabila dia ditahan reman atas dakwaan merogol dan mencabul beberapa gadis.

Hashtag #Standwithdaisyed Timbul Trending, Dipergunakan Oleh Peminat K-Pop?

#StandWithDaiSyed Trending 

Terbaru, sebuah hashtag #StandWithDaiSyed yang diwujudkan telah trending di laman Twitter sejak semalam bagi menyatakan sokongan mereka kepada Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25.

Bagaimanapun, hasil carian Murai.my mendapati rata-rata komen yang menggunakan hashtag tersebut kini dibanjiri dengan komen sebaliknya.

Komen tersebut telah digunakan untuk mempromosikan beberapa selebriti popular Korea dan tidak kurang juga ada yang mengecam Da’i Syed.

Hashtag #Standwithdaisyed Timbul Trending, Dipergunakan Oleh Peminat K-Pop?

Terdahulu, polis mengesahkan tujuh laporan diterima membabitkan dua kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Bagaimanapun satu kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual direkodkan dan Da’i Syed menafikan segala tuduhan tersebut dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah untuk mengadili kes tersebut.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza

Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata

Tony Fernandes Airasia-2020

Tahniah! Santan Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Pencapaian Membanggakan