in , ,

Harumkan Nama Malaysia, The Pocket Rocketman Azizulhasni Awang Dikurniakan Gelaran Datuk

Tahniah kepada ‘The Pocket Rocketman’ Azizulhasni Awang @ Jijoe atas kurniaan Dato’ Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk. Inilah atlet Malaysia yang sangat layak selain Datuk Lee Chong Wei & Datuk Nicol David.

Sebut sahaja ‘The Pocket Rocketman’  terus kita terbayangkan susuk tubuh atlet negara, Azizulhasni Awang yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia melalui sukan trek berbasikal.

Terbaharu, beliau yang baru berusia 33 tahun telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa hari ini.

Azizulhasni Awang

Berita tersebut mula mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata sangat gembira dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada beliau.

Menurut orang ramai, Datuk Azizulhasni Awang layak menerima gelaran tersebut kerana beliau telah banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara melalui bidang sukan yang beliau ceburi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Caprice Apa Kau Buat Ni, Hancur Hidup Kau,” – Nabila Huda

Kecoh Kes Caprice Tak Berjaya Masuk Gaza, Ustaz Amin Tampil Bagi Satu Nasihat