in , , ,

Haris Muat Naik Gambar Awan, Netizen Ramal Neelofa Bakal Dapat Bayi Kembar?

Neelofa bakal dapat bayi kembar? Lepas je Haris muat naik gambar awan, warganet seakan dapat hint sesuatu.

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatin dan buah mulut warganet dek kerana selalu terpalit dengan kontroversi. Bagaimanapun, pasangan ini dilihat begitu tenang dan tidak mudah melatah semasa dilanda musibah bahkan sentiasa kekal positif berkongsi amal kebaikan bersama peminat dan mereka yang memerlukan.

Persoalan biasa yang akan sering ditujukan kepada pasangan baru berumah tangga adalah bila nak ada anak?

Ini adalah soalan popular yang akan sering didengari oleh pasangan suami isteri lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan selebriti. Itulah yang sedang hangat dibincangkan dalam ruangan komen perkongsian terbaru suami Neelofa, Haris Ismail.

Haris Muat Naik Gambar Awan, Netizen Ramal Neelofa Bakal Dapat Bayi Kembar?

Haris yang merupakan seorang pendakwah bebas berusia 26 tahun itu telah memuat naik sebuah gambar menunjukkan awan mendung bersertakan kapsyen ‘Hope’ telah mendapat perhatian peminat setia pasangan Neelofa dan Haris.

Merujuk kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat mereka, ramai yang membuat andaian bahawa perkongsian gambar dengan kapsyen seperti itu seakan merujuk kepada harapan menanti kehadiran cahaya mata menyinari hidup dia dan Neelofa.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi komen perkongsian harapan daripada Haris tersebut seakan sedang mengalami kegusaran akan sesuatu masalah. Oleh itu, ramai juga yang tinggalkankomen supaya Haris kekal kuat mengharungi

musibah yang melanda dirinya bersama isteri serta keluarga mereka. Ada juga yang sempat menasihati Haris agar sentiasa tabah untuk hadapi dugaan alam perkahwinannya.

Sementara itu, di Instagram Neelofa juga sempat masukkan gambar yang sama di InstaStory miliknya bersertakan tulisan kecil menyatakan sang suami menggunakan gambar yang di ambil oleh dirinya. Oleh itu, ramai peminat pasangan secocok ini merasakan ada berita baik yang bakal dikongsikan oleh mereka.

Haris Muat Naik Gambar Awan, Netizen Ramal Neelofa Bakal Dapat Bayi Kembar?

“Ada orang hijack gambar saya ambik..”

– Neelofa

Sebagai rekod, setakat bulan Jun tahun 2021, Neelofa dan Haris terpalit dengan pelbagai ko.ntroversi antaranya ialah kisah nyaris putus tunang, mereka ditduh sudah berkahwin di Kelantan, isu tidak patuh prosedur operasi standard (SOP),

isu Neelofa dan Haris ke Pulau Langkawi, isu ke Nilai 3 untuk membeli karpet, da.kwaan Neelofa tidak memakai pelitup muka di mahkamah dan isu menaiki kenderaan bersama peguam mereka turut dipersoalkan.

Kemudian, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini pula menjadi buah mulut warganet apabila ibunya did.akwa menghi.na Sultan Johor di Instagram (IG) Story peribadinya. Apa pun, kita doakan semoga Neelofa dan Haris serta keluarganya dipermudahkan urusan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Setelah Lama Jadi Detektif, Netizen Ini Dedah Sudah Temui Lokasi Sebenar Sajat Sembunyi

Ramai Yang Terkesan dengan PKP, Sufie Rashid Terpaksa Jual kereta Audi