in , ,

Hafiz Suip Rungkai Momen Indah dalam Single HARI INI DALAM SEJARAH

Hafiz Suip Penyanyi Bersuara Emas Negara Kembali Dengan Single Terbaharu Setelah Menimang Cahaya Pertama Berjudul HARI INI DALAM SEJARAH.

Penyanyi lelaki bersuara emas kelahiran Kuching, Sarawak dan merupakan juara program televisyen realiti terbitan Astro yang popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-7 pada tahun 2009, Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, atau lebih terkenal dengan nama Hafiz Suip kembali menghangatkan industri muzik Malaysia dengan single terbaharu setelah hampir dua tahun menyepi.

Kini, mempertaruhkan genre pop dan lari dari genre kebiasaan iaitu balada, Hafiz mempertaruhkan single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ hasil ciptaan komposer hebat, Audi Mok dan penulis lirik terkemuka, Shazee Ishak.

MOMEN BERERTI HAFIZ SUIP MENERUSI ‘HARI INI DALAM SEJARAH’

Pelantun lagu Awan Nano yang fenomena sekaligus menjadi juara pada pertandingan nyanyian penuh berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-26 pada tahun 2011 ini terdahulu telah pun melancarkan single ‘Kejar’ yangmembawa genre funk pada bulan Ogos tahun lepas.

Bakat nyanyian yang dimiliki Hafiz sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila pelbagai anugerah telah dimenanginya bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara. Setiap lagu yang dinyanyikan Hafiz pasti mendapat sambutan hebat dan menjadi hit dengan berjuta tontonan di laman sesawang YouTube.

Baharu-baharu ini, Hafiz telah bergelar bapa setelah menerima cahaya mata yang pertama,

“Syukur saya kehadrat Ilahi dengan kehadiran putera sulung kami iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan ini merupakan hadiah paling istimewa sepanjang hidup saya dan dengan munculnya single terbaharu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ ia bagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2018.

– Hafiz Suip
Hafiz Suip Rungkai Momen Indah dalam Single HARI INI DALAM SEJARAH

‘Hari Ini Dalam Sejarah’ menceritakan tentang sesuatu yang bersejarah atau mempunyai makna tertentu yang berlaku pada hari tersebut seperti kelahiran anak saya, tarikh perkahwinan saya dengan isteri dan sebagainya.

Pelbagai peristiwa yang telah dan bakal berlaku dalam hidup kita sehari-hari dan kadangkala ianya membawa maksud yang istimewa bagi setiap individu dan layak diingati sampai bila-bila.

Sepanjang bergelar anak seni, bermacam-macam yang telah saya lalui dan tempuhi dan setiap momen saya anggap berharga kerana tanpa pengalaman lepas, saya tidak akan berdiri di sini pada hari ini.

– Hafiz Suip
Hafiz Suip

Lagu ini mengambil masa selama sehari untuk dirakamkan dengan bantuan serta tunjuk ajar komposer disegani iaitu saudara Audi Mok dengan Shazee Ishak dan saya berasa senang bekerjasama dengan mereka kerana mereka tahu apa yang sesuai dengan saya.

Saya tahu peminat-peminat saya di luar sana tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada saya dan dengan lahirnya single ini dengan pendekatan berbeza, saya harap mereka dapat menerimanya dengan baik dan terus menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” jelas Hafiz.

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Di usia yang muda, pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh Hafiz bermula dari Akademi Fantasia lagi. Selain menyanyi, beliau juga berbakat sebagai pelakon dan pengacara, ini membukitkan bahawa Hafiz adalah seorang artis yang versatil.

Beliau mempunyai sikap bersahaja dan outgoing yang sangat disenangi dan mudah untuk kami bekerjasama.

Saya percaya beliau mampu pergi jauh dan tahun 2018 merupakan sebuah permulaan baru buat Hafiz kerana telah lama tidak muncul dengan single terbaharu. Semoga single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ mendapat sambutan peminat muzik tempatan sebagaimana lagu-lagu terdahulu.”

– Adam Lobo

Lagu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini Dalam’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network

Klik untuk menonton di Youtube: https://youtu.be/-WFUUXDwuUY

Tajuk : Hari Ini Dalam Sejarah
Artis : Hafiz Suip
Komposer : Audi Mok & Shazee Ishak
Lirik : Audi Mok & Shazee Ishak

Aku Insan Paling Bertuah Di Dunia
Kerana Mu Hidup Kian Indah
Suaramu Berlagu
Kata Bak Puisi
Bahagia Ku Bila Di Sini

Sebelummu Ku Kesepian
Bulan Sebagai Teman
Sesatku Dalam Kegelapan
Kau Buatku Ingin Percaya

Chorus

Hari Ini Dalam Sejarah
Aku Melutut Menanti Balasmu
Tanda Iya Angguk Setuju
Setuju Kamu
Ingin Bersamaku
Aku Yang Paling Bertuah
Syukurnya Kau Teman Sejiwa Ku

Tak Sabar Ku Saksi Ulangtahun Pertama
Tiupan Lilin Petanda Usia
Dikau Cahaya Mata Pengukir Harapan
Kau Abadikan Maksud Tercinta

Biar Panas Atau Tengkujuh
Akukan Lindungimu
Takkan Ku Biar Kau Bersedih
Tulusnya Kasih Ku Untukmu

Chorus

Hari Ini Dalam Sejarah
Aku Melutut Menanti Balasmu
Tanda Iya Angguk Setuju
Setuju Kamu
Ingin Bersamaku

Hari Ini Ku Yang Punya
Dunia Kan Kenal Kita
Hari Ini Langkah Pertama
Tiada Siapa Kan Menghalang
Kita Penentu Masa
Di Hujung Pelangi Ada Kamu

Hafiz Suip

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taman Rimba Tertua di Dunia Antara Lokasi Menarik Perkongsian Travelog EKOLIBUR

Fedi Nuril Tak Sangka Babak AYAT AYAT CINTA 2 Dibuat Parodi & Viral