in

Hari Diabetes Sedunia 2011 Menara KL

MENARA KUALA LUMPUR DILIMPAHI CAHAYA BERWARNA BIRU

BERSEMPENA HARI DIABETES SEDUNIA 2011

Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) bersama Menara Kuala Lumpur telah bekerjasama dalam menjayakan kempen Hari Diabetes Sedunia 2011 yang disambut pada 14 November 2011. Pencahayaan BIRU Menara Kuala Lumpur bermula dari 14 sehingga 21 November 2011 dari jam 7 petang hingga jam 12.00 malam.

“Menara Kuala Lumpur sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti sebegini, ini adalah merupakan sumbangan kecil kami kepada Persatuan Diabetes Malaysia, semoga dengan adanya kempen ini, ianya dapat memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia betapa bahayanya penyakit kencing manis ini kepada semua” kata YBhg Dato’ Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Disamping itu juga, kami bersetuju untuk menyokong kempen ini selama satu minggu dimana Menara Kuala Lumpur akan dilimpahi cahaya biru sebagai mengekspresikan komitmen kami terhadap pencegahan penyakit diabetes ini”, tambah beliau lagi.

Bersesuaian dengan gelarannya sebagai “Jewel In The Sky” Menara Kuala Lumpur merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi.

Selain daripada itu, Menara Kuala Lumpur telah mengadakan pelbagai acara untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Menara Kuala Lumpur, diantaranya ialah 1Malaysia Heritage Xplorace 2011”, “KL Tower International Towerthon Challenge 2011”, “Pesta Negeri Perak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Up, Close & Personal with Anuar Zain”, KL Tower International BASE Jump Malaysia 2011, Pesta Durian 2011 serta persembahan tarian dan muzik tradisional di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur.

Manakala acara yang akan berlangsung pada 27 November 2011 ialah Pertandingan Memasak Bubur Lambuk bersama DBKL dan Masjid Kg Baru di perkarangan Menara Kuala Lumpur. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas di mana setiap kumpulan terdiri daripada empat orang anggota sahaja dan terbuka kepada dua kategori iaitu kategori Terbuka dan Masjid.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Kuala Lumpur telah dianugerahkan ‘Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 – Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiktiraf tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur dimana ianya telah mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik serta sumbangannya dalam meningkatkan imej Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012

Set Cenderahati Musim Perayaan dari Elianto