in

Harga Samsung Galaxy SIII & iPhone 4S Maxis

MAXIS MEMBERI GANJARAN KEPADA AHLI MAXIS ONE CLUB DENGAN TAWARAN PALING ISTIMEWA

• Maxis menawarkan Samsung Galaxy SIII dan iPhone 4S pada harga RM599 untuk ahli Maxis One Club
• Kepimpinan dalam semua segmen dicerminkan melalui ekosistem perkhidmatan yang kukuh untuk pelanggan, menyediakan rangkaian dan kelajuan yang terbaik, pelan data dan peranti terkini bersama-sama dengan ganjaran dan faedah istimewa

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan ahli Maxis One Club (MOC) telefon pintar Samsung Galaxy SIII dan Apple iPhone 4S untuk harga yang luar biasa sebanyak RM599 sahaja. Tawaran ini adalah sah dari 9 hingga 24 Jun dan boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.

Untuk layak mendapatkan Samsung Galaxy SIII, ahli-ahli hanya perlu komited kepada pelan ValuePlus 150 ke atas dengan pelan data 1GB selama 24 bulan. Pelan ini juga akan menyediakan ahli dengan kadar suara dan internet yang terbaik. Ahli Maxis One Club yang berminat dengan iPhone 4S (16GB) perlu mendaftar untuk pelan iValue 2 selama 24 bulan.

“Maxis telah melabur dalam pelbagai keistimewaan dan ganjaran untuk ahli Maxis One Club sejak kami melancarkan program tersebut pada tahun 2002. Kelab eksklusif ini sudah memasuki tahun yang ke-10, yang telah berkembang dengan berterusan sejak beberapa tahun yang lalu. Justeru itu, kami amat berbangga kerana dapat memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami untuk kesetiaan mereka dengan dua tawaran yang eksklusif. Ini adalah salah satu cara kami menterjemahkan faedah dan keistimewaan penawaran peranti kami secara langsung kepada para pelanggan kami, yang merupakan aset kami yang paling penting untuk memiliki peranti terkini,” kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.

“Maxis merupakan yang pertama untuk membuat penerimaan telefon pintar lebih mudah dicapai bagi rakyat Malaysia. Kami adalah yang pertama memperkenalkan iPhone, Blackberry, Android dan tablet, dan ini telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan pasaran telefon pintar di Malaysia. Hari ini, telefon pintar telah berkembang menjadi telefon pintar yang ‘super’, dengan kemajuan pesat dalam keupayaan teknologi. Daripada jutaan pengguna telefon pintar kami, lebih satu pertiga menggunakan telefon pintar ‘super’ yang termasuk model iPhone dan Samsung Galaxy. Kami percaya bahawa dengan tawaran eksklusif ini untuk ahli Maxis One Club, yang disediakan dengan pakej data terkemuka Maxis, kami mampu melanjutkan penggunaan peranti-peranti ini di Malaysia dan membawa kemudahan tanpa tandingan sama ada di rumah, kerja atau dalam perjalanan.

“Kami adalah pemimpin dalam semua segmen perniagaan, termasuk segmen pascabayar. Ini dicerminkan melalui ekosistem perkhidmatan kukuh yang telah kami bina untuk pelanggan-pelanggan kami, menyediakan rangkaian dan kelajuan yang terbaik, pelan data dan peranti bersama-sama dengan ganjaran dan faedah istimewa. Maxis One Club menyediakan kami dengan satu lagi platform lain untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang relevan kepada mereka dan keperluan komunikasi mereka,” kata Suren.

Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Acara Promosi Filem Gerimis Mengundang

Drama Parut Asyikin Lakonan Erra Fazira & Eman Manan