in , ,

Harga Pra-Tempah Huawei nova 9 Kini Ditawarkan di Malaysia Pada Harga RM1999

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya membawa masuk peranti nova 9 buat pasaran tempatan. Telefon ini dijual pada tanda harga RM1999 dan hadir dengan dua pilihan warna – Starry Blue dan Black.

Huawei Nova 9 akhirnya diumumkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan penawaran baharu daripada Huawei dan penerus tradisi yang menyasarkan kepada pengguna dalam kalangan generasi muda. Bagi yang berminat, Huawei Nova 9 ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,999 dengan dua pilihan warna seperti Starry Blue serta Black.

Harga Pra-Tempah Huawei nova 9 Kini Ditawarkan di Malaysia Pada Harga RM1999

Sekiranya anda berminat untuk membelinya, sesi pratempah telah dibuka sekarang sehingga 19 November 2021 menerusi kedai atas talian rasmi Huawei di Senheng, Lazada dan Shopee. Lebih menariknya, setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM829. Ia terdiri dengan Huawei FreeBuds Pro (RM699) dan sejumlah langganan percuma yang bernilai sehingga RM130 daripada Huawei Mobile Services (HMS).

Harga Pra-Tempah Huawei nova 9 Kini Ditawarkan di Malaysia Pada Harga RM1999

Huawei Nova 9 menampilkan skrin OLED berukuran 6.57-inci beresolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,300mAh yang menyokong pengecasan Huawei 66W SuperCharge.

Sistem kuad-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.9) (utama) + 8MP (f/2.2) (ultra-lebar) + 2MP (f/2.4) (kedalaman) + 2MP (f/2.4) (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, NFC, EMUI 12 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Lupa Tonton Siaran Langsung Konsert Ed Sheeran Secara Eksklusif di JOOX

Sony Pictures Dedah Poster Rasmi Pertama Filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME