in , ,

Haqiem Rusli Akui Boros Suka Shopping

Semalam, Budiey tak dapat buat liputan Konsert Ulangtahun Joox sebab ada event berbayar kat Sungai Buloh. Ada pelancaran perumahan baru kat Avanti Residence.

Semalam, Budiey tak dapat buat liputan Konsert Ulangtahun Joox sebab ada event berbayar kat Sungai Buloh. Ada pelancaran perumahan baru kat Avanti Residence. Masa kat event Soft Launch Avanti Residence malam tadi, Budiey sempat hangout dengan Sufian Suhaimi.

Tertanya-tanya gak dia buat apa kat Rumah Avanti Residence tu kan? Mungkin Sufian nak beli rumah kot. Mahal gak rumah kat situ… tapi kira berbaloi lah sebab kemudahan dia banyak sangat. Tak pe la Pian, kalau tak dapat beli pun, kita kumpul duit la sikit demi sikit, lama-lama jadi bukit ye tak?

Sebut pasal berbelanja ni, hari ni Budiey ada terbaca di Mstar Online yang melaporkan tentang sikap boros seorang penyanyi muda Haqiem Rusli. Khabarnya pada awal penglibatannya dalam industri seni, Haqiem sangat boros, beli apa sahaja yang dia nak.

Haqiem Rusli berkata dia seorang yang agak boros berbelanja ketika di awal pembabitannya sebagai anak seni.

Menurut Haqiem, 20, sikap boros tersebut membuatkan dia mula sedar bahawa sudah tiba masanya dia membuat simpanan dan membeli aset masa depan.

“Mula-mula jadi artis dulu, saya memang boros dan suka membazir dengan membeli alat permainan, kasut dan telefon bimbit.

“Sekarang ini saya lebih berjimat-cermat dan mula menyimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Saya target tahun depan nak beli rumah dan kereta untuk ibu bapa saya.

“Memandangkan rumah sekarang ini agak sempit, jadi saya nak beli rumah yang lebih luas untuk kami sekeluarga,” – Haqiem Rusli

Sementara itu, penyanyi lagu Jatuh Bangun ini berkata dia bakal menjalankan perniagaan makanan tidak lama lagi.

Haqiem Rusli (2)

“Sebelum ini saya sudah buka kedai permainan digital di Hulu Langat dan selepas ini saya akan memulakan perniagaan burger pula.

“Duit hasil nyanyian yang saya perolehi ini lebih elok dilaburkan ke arah bisnes pula, jadi tak adalah membazir!,” – Haqiem Rusli

Sebelum ni, Budiey ada menemubual Haqiem, khabarnya dia nak bukak kedai jual gadget. Tak tahu la bagaimana perkembangan pasal tu.

Sumber: Mstar Online

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tak Kisah Digelar Lalang, Wak Doyok Sah Masuk Parti AMANAH

[GAMBAR] Konsert Tremendous JOOX Live Gempak Habis