in ,

Pengarah HANTU WANGAN Ahmad Idham Kecewa dengan Skim Wajib Tayang

Pengarah dan produser filem itu, Ahmad Idham Nadzri, 45, kecewa dengan Skim Wajib Tayang (SWT) hanya memberi ruang sebanyak 29 panggung sahaja untuk filem terbaru arahannya, Hantu Wangan yang akan ditayangkan 22 Mac depan.

Filem bergenre komedi seram ini menampilkan pelakon dan pelawak popular seperti Achey, Risteena Munim, Ruminah Sidek, Ali Puteh dan Cat Farish.

“Hal ini bukan baru kerana produser lain terutamanya produksi saiz kecil pernah mengalami situasi sama apabila jumlah panggung dikecilkan.

“Kelemahan itu dilihat apabila mereka yang bertanggung jawab tidak melaksanakan agenda kerajaan memperkasakan industri filem tempatan tetapi untuk menyelamatkan agenda peribadi sendiri,” katanya menafikan masalah berpunca daripada pihak panggung.

Beliau mendakwa, di dalam SWT terdapat enam undi dan panggung hanya satu undi sahaja untuk menentukan filem tempatan akan ditayangkan di lokasi bersesuaian.

Disebabkan itu, sikap ‘endah tak endah’ ahli jawatankuasa (AJK) SWT yang mewakili penerbit seolah menindas penerbit kecil kerana tidak memperjuangkan hak mereka.

Sehinggakan apabila panggung mencadangkan jumlah rendah, mereka tidak perjuang hak penerbit kecil untuk mendapatkan jumlah panggung yang lebih besar.

Produser Aifa Motion itu percaya hal ini perlu didedahkan bagi memberi kesedaran kepada khalayak industri filem pasal punca produser kecil sering dakwa tertindas.

Katanya, SWT sepatutnya faham dengan agenda nasional untuk membantu pembikin filem tempatan yang turut bertungkus lumus menghasilkan filem bagi merancakkan industri.

“Tetapi melihat pada situasi ini, ia seolah-olah hanya pemain industri besar sahaja yang mendapat jumlah panggung tinggi berbanding produser kecil,” katanya.

Pada masa ini, AJK SWT terdiri daripada wakil Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Limkokwing Brings Asian And African Love To London Fashion Week 2018

Fon Kepala Pembatalan Bunyi Terkini Di Premium Flatbed AirAsia X