in , ,

Haniff & Ray Jadi Pengacara Program Bijak Bahasa

Bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan yang berlansung pada bulan Oktober setiap tahun, Astro TVIQ bersama penaja rasmi Vitagen dengan berbesar hati dan penuh rasa tanggungjawab akan membawakan sebuah program pertandingan menguji kepintaran Bahasa Melayu berjudul Bijak Bahasa, pada setiap hari Ahad bermula daripada 27 Oktober 2013, jam 10 pagi eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610).

Rancangan yang berkonsepkan pertandingan kuiz bahasa ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu di samping memperkayakan kemahiran penggunaan bahasa kebangsaan dengan tepat melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Program ini juga dilihat sebagai satu rangkuman pembelajaran dan pengalaman yang direka khas untuk kanak-kanak menambah baik kemahiran tatabahasa, kosa kata, simpulan bahasa serta mendalami keunikan seni Bahasa Melayu itu sendiri.

Bijak Bahasa Martabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Diri Kanak-Kanak Eksklusif Di Astro TVIQ

[dropcap]S[/dropcap]harifah Noraidah, Pengurus Saluran Astro TVIQ berkata:

“Seiring dengan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun, kami di Astro berasa terpanggil untuk turut menyokong usaha dalam mendidik kanak-kanak berbilang bangsa di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Program Bijak Bahasa merupakan satu insiatif sosial daripada kami untuk menyemai semangat cintakan bahasa kebangsaan yang mana perlu dididik sedari kecil lagi. Melalui pelbagai ujian dan cabaran yang disediakan, tahap kemahiran penguasaan Bahasa Melayu golongan generasi cilik ini akan diuji di samping meluaskan lagi pengetahuan mereka dengan pengenalan kepada keindahan seni Bahasa Melayu. Kami berharap agar usaha yang cuba kami usulkan ini akan mendapat maklum balas yang positif serta diterima baik oleh semua peringkat golongan.”

Program Bijak Bahasa yang mempunyai 13 episod ini akan dikendalikan oleh dua orang personaliti radio yang sangat popular iaitu Haniff dan Ray daripada Radio Era. Mereka bakal bertindak selaku pengacara di mana pada setiap episod akan terdapat dua buah pasukan yang dianggotai oleh dua peserta kanak-kanak dan juga seorang selebriti jemputan yang berbeza pada setiap minggu bagi memeriahkan lagi program ini.

Setiap episod bakal menyaksikan aksi-aksi menarik daripada setiap kumpulan apabila mereka cuba untuk mendapatkan markah tertinggi bagi merebut hadiah utama pada setiap minggu. Terdapat tiga pusingan berbeza pada setiap episod yang merangkumi kuiz kemahiran pengetahuan kosa kata, tatabahasa dan juga perbendaharaan kata. Antara permainan yang bakal menguji para peserta ialah silang kata, simpulan bahasa dan pelbagai lagi.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menonton Bijak Bahasa, pada setiap hari Ahad bermula daripada 27 Oktober 2013, jam 10 pagi secara eksklusif hanya di Astro TVIQ (saluran 610). Cintai bahasa kebangsaan kita.

Haniff

Ray

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Konsert Kesha Warrior Tour in Malaysia Dibatalkan

Diana Amir Sah Jadi Isteri Habibbullah Dengan Sekali Lafaz