in , , , , ,

Sengaja Timbul Provokasi, Ini Komen Haneesya & Haqiem Tentang Video Muzik Lagu Drama Band

Kumpulan Drama Band secara rasmi telah melancarkan muzik video berjudul Drama pada hari Jumaat lalu. Video muzik ini telah mendapat pelbagai komen dan respon balik dari penonton. Rata-rata mengatakan video muzik ini seakan menyindir beberapa orang selebriti yang pernah mewarnai dunia hiburan dengan pelbagai kisah yang penuh dramatik!

Mungkin kerana itulah, Drama Band memilih tema drama sesuai dengan lagu berjudul DRAMA ini.

Budiey dah tengok dan layan video muzik yang tengah dalam senarai trending di Youtube ni. Memang menyindir dan terkena setepek kat situ. Tapi kenapa sampai macam tu sekali nak buat video. Tapi memang berani matila Drama Band buat MV macam ni. Selain terpalit dengan kisah yang berlaku dengan Haneesya dan Haqiem, video muzik ini juga menyelitkan parodi untuk lagu Nabila Razali Pencuri Hati yang viral satu ketika dulu.

Sengaja Timbul Provokasi, Ini Komen Haneesya & Haqiem Rusli Tentang Video Muzik Lagu Drama Band

Walaubagaimana pun, ada yang mendakwa kumpulan terbabit dengan sengaja menimbulkan provokasi apabila melakonkan kembali beberapa insidien panas yang pernah tular sebelum ini.

Menerusi Instastory Haneesya Hanee, yang juga bekas peserta pertandingan Dewi Remaja, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kumpulan terbabit.

Jelasnya, walaupun video berkenaan tidak menyebut akan dirinya, namun ia jelas ditujukan kepadanya.

Drama Band Perli Haqiem & Haneesya

Manakala penyanyi Haqiem Rusli juga menyatakan bahawa buli siber adalah tidak bagus, termasuk sindiran dalam muzik.

Dalam muzik video berkenaan juga ada menampilkan watak seorang artis berkaca mata hitam yang sedang membuat carian di internet tentang cara memalsukan kemurungan.

Drama Band Perli Haqiem & Haneesya

Sehingga kini, muzik video berkenaan telah mendapat tontonan sehingga 40 ribu dan trending #50 di Youtube.

Drama Band Perli Haqiem & Haneesya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cat Farish Akui Berkawan Rapat Dengan Ibu Tunggal Anak Satu

E1 Pilih Irama Fesyen Retro Lancar Single Pertama SEMALAM SAHAJA