in , , ,

Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

Mengambil kira bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga membuatkan beberapa artis di bawah naungan Indigital Music tampil menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan.

Bagi Haiza Hanafi, Siti Sarah Raissuddin dan Dafi, mereka mengambil kesempatan ini untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan kepada penduduk di sekitar Pontian yang terjejas mencari sumber pendapatan sejak sebulan yang lalu.

Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

“Ini adalah tanggungjawab sosial saya untuk membantu mereka yang memerlukan. Ada orang mencari pendapatan dengan bergaji harian. Jadi mereka mungkin mengalami kesukaran ketika ini.

“Saya ambil inisiatif untuk memberikan keperluan asas kepada mereka yang terkesan dan setidaknya boleh menyambut Ramadan dengan tenang,”

Program CSR diwakili Norwati Manan yang juga merupakan Pengawai Perhubungan Awam Indigital Music yang kebetulan berada di sana.

Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

Menariknya, dia tidak keseorangan sebaliknya mendapat kerjasama daripada NGO Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen yang sama-sama turun padang membantu.

Antara bahan keperluan yang diagihkan termasuklah beras, minyak masak, tepung, gula dan beberapa barangan lain lagi.

Fasa pertama agihan bantuan, mereka menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan termasuklah Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal kawasan tersebut.

Kemudian, agihan bantuan diberikan kepada 400 keluarga lain untuk memberikan senyuman kepada mereka dalam menghadapi situasi getir ini.

Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

Meskipun tidak dapat turut serta dalam misi menghulurkan bantuan, Sarah bagaimanapun bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Ini mungkin fasa getir bukan sahaja buat kita di Malaysia tetapi juga di seluruh negara. Kalau orang senang pun merasa terkesan, apatah lagi orang biasa. Saya harap semua sabar dan reda menghadapinya.

“Harapnya lebih ramai yang prihatin dan bantu membantu antara satu sama lain. Inilah keindahan hidup bermasyarakat,”

– Sarah
Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

Bagi Dafi pula, dia berterima kasih kepada pihak NGO tersebut yang sudi mewakili dirinya menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Mungkin sumbangan saya tidak sebesar mana tetapi jika itu mampu memberikan senyuman kepada mereka, saya amat berbesar hati.

“Semoga semua orang dapat menyambut Ramadan dengan tenang dan tiada ada insan yang terpinggir. Ini sahaja cara saya untuk membantu mereka yang sama-sama berkorban untuk negara bagi memutuskan rantaian Covid19,”

– Dafi
Haiza, Sarah & Dafi Bawa Senyuman Buat Penduduk Pontian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bubur Lambuk Kampung Baru! Selepas 100 Tahun, Ini Kali Pertama Ianya Tak Beroperasi

SETANGGI SYURGA 2020 Kolaborasi Mantap Inteam Dan Khai Bahar