in ,

Hafiz Suip Lancar Album Kedua Berjudul Luahan Hati Anak Seni

[dropcap]M[/dropcap]emegang album Luahan Hati Anak Seni seperti memegang sebuah mini majalah. Bukan apa, memang konsep kulit album kali ini, Hafiz Suip memilih konsep yang agak unik sedikit iaitu berbentuk sebuah majalah. Nama HAFIZ menjadi nama utama majalah ini dengan taglinenya, Luahan Hati Anak Seni. Tertera di dada majalah ini, gambar potret Hafiz yang menunjukan simbol Syyy (Rahsia) dengan tiga buah judul lagu iaitu Hanya Ingin Kau Cinta, Bahagiamu Deritaku dan Kesimpulan Yang Tak Nampak.

“Muzik Balada adalah hadiah kecil daripada hati saya buat para peminat.”

Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah buat Hafiz Suip kerana telah berjaya melancarkan album kedua (di Malaysia) dan ketiga (di Asia) berjudul Luahan Hati Anak Seni.

Menyelak buku mini di helaian kedua, terdapat kata-kata editor dan senarai lagu sebagai kandungan majalah ini. Menyelak di helaian seterusnya, banyak informasi dan juga temubual bersama Hafiz dapat ditatap oleh pemilik album ini.

Hafiz Suip

Turut hadir di majlis pelancaran album ini ialah komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam pembikinan lagu. Antaranya, Idzam, AG Coco, Aiman, Zimi Sofazr, dan ramai lagi.

Dalam album ini ada sembilan buah lagu-lagu yang semuanya best:

  1. Bahagiamu Deritaku (Baiduri/LY)
  2. Mungkinkah (Hafiz Suip/Idzam)
  3. Hanya Ingin Kau Cinta (Mega Pandawa/Mega Pandawa)
  4. Deklamasiku (Hafiz Suip/Kuncidemak)
  5. Kesimpulan (Ajai/Ajai)
  6. Patah Hati (Satriya Anggun/Satriya Anggun)
  7. Satu Cerita (Mohd Atlas/Aiman)
  8. Muara Hati (Manusia Putih/Manusia Putih)
  9. Matahari (Ajai/Ajai)

Single pertama dalam album ini, Bahagiamu Deritaku telah berjaya menduduki tempat teratas di hampir semua stesen radio terkemuka tanahair dan sedang kerap diputarkan di radio dan televisyen Indonesia.

Video muzik Bahagiamu Deritaku kini telah mencapai 1.3 juta hits sejak dilancarkan pada 18 Mac 2013. Manakala Hafiz berjaya mencapai lebih daripada 11 juta hits Youtube sehingga kini menerusi lagu-lagu beliau seperti Muara Hati, Ombak Rindu, Awan Nano dan Ku Akui.

Album ini bakal meneruskan kejayaan Hafiz dalam bidang seni suara di peringkat yang lebih tinggi setidak-tidak pun Hafiz telah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan album yang berkualiti. Dari sudut mutu vokal beliau tidak perlu dipertikai lagi, nampaknya album ini antara album yang terbaik dihasilkan sepanjang 2013 ini setakat ini. Pemilihan lagu-lagu pula dibuat bukan secara semberono sebab Budiey dengar semua lagu-lagu balada dan pop dalam album ini memang best dan dapat dilayan.  Adakah tahun ini Hafiz bakal meneruskan kegemilangannya untuk mengekalkan Vokal Terbaik dalam pertandingan AJL?

Namun, Hafiz Suip nampaknya merendah diri dengan berkata,

“Saya dulu bertatih, kini perlahan-lahan mula berdiri dan berjalan. Semuanya kerana peminat dan mereka yang meminati muzik saya.”

Pembikinan album ini secara keseluruhannya dibuat begitu teliti dengan mengetengahkan komposer dan penulis lirik berbakat berkaliber dan berprofile tinggi dari Malaysia dan Indonesia. Antaranya, Ajai, LY Baiduri, Mohd Atlas, Manusia Putih dan ramai lagi.

Hafiz Suip juga turut menampilkan bakatnya dalam penciptaan lirik kreatifnya dalam lagu Mungkinkah dan Deklamasiku. Menurut Hafiz, 4 hari 3 malam dia bertapa di rumah seorang sifu dalam penulisan lirik.

Manakala, menurut Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata:

“Hampir kesemua lagu dalam album Masih Jelas yang dilancarkan pada 2009 menempa kejayaan yang tersendiri seperti lagu Noktah Cinta, Awan Nano dan Ku Akui. Justeru itu, kami berharap agar lagu-lagu yang terkandung dalam album Hafiz Suip – Luahan Cinta Anak Seni ini juga dapat diterima para peminat, dan mampu melakar kejayaan serupa.”

Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit secara digital.

Harga album fizikal hanya RM24.90. Belilah yang original ya!

#LiveUpdate : Hafiz Suip buka  cover album sebagai gimik pelancaran #Album #LuahanHatiAnakSeni

#LiveUpdate : Hafiz Suip selamat melancarkan #Album #HafizSuip #LuahanHatiAnakSeni

#LiveUpdate : Tahniah #HafizSuip #LuahanHatiAnakSeni

#LiveUpdate : Nah dapatkan di pasaran #HafizSuip #LuahanHatiAnakSeni

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Good Vibes Festival 2013

Maxis Lancar Perkhidmatan Pengiklanan Berasaskan Lokasi