in

Hadiah Hari Lahir Siti Nurhaliza RM310,000 Diberikan Kepada Mangsa Banjir

Dato Siti Nurhaliza telah diraikan hari kelahirannya yang ke-36 dengan penuh rasa meriah dan ceria tadi di Hotel The Ritz Carlton, Kuala Lumpur sebentar tadi. Budiey kira momen malam tadi lebih istimewa dan bermakna apabila beliau menerima hadiah hari lahir berbentuk wang tunai sebanyak RM310,000 menerusi kutipan orang perseorangan dan badan tertentu termasuk daripada Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suami. Wang itu akan disalurkan kepada mangsa bencana banjir.

Majlis anjuran Siti sendiri yang turut mengundang teman artis dan media yang selama ini menyokong kerjaya seni beliau yang akan genap 20 tahun tanggal 1 April depan.

Lebih istimewa dan bermakna Siti turut mengumumkan hadiah paling istimewa yang diterimanya pada tahun ini iaitu wang tunai sebanyak RM310,000 untuk disumbangkan kepada mangsa bencana banjir.

“Ia sumbangan daripada beberapa pihak termasuk orang perseorangan dan badan tertentu. Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000. Duit ini insya-Allah dapat digunakan untuk mangsa banjir membeli barang keperluan harian dan sebagainya” kata Siti.

Antara teman artis yang hadir ialah Fara Fauzana, Izara Aishah, Ummi Nazeera, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Awi Rafael, Azhael, Sharifah Shahira dan penyanyi seberang, Tegar. Zizan Razak turut hadir selain menggalas tugas sebagai hos majlis ini.

Acara majlis hari lahir ini turut menghargai komposer yang terbabit dalam album Fragmen. Album itu baru saja memenangi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik hujung tahun lalu. – Berita Harian

Selamat Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza!

Bersama birthday girl yg diraikan Dato' Siti Nurhaliza aka @ctdk di Majlis Sambutan Hari Jadi Dato' Siti Nurhaliza ke-36. Sempat ucap selamat hari jadi kpd ctdk dan salam yg dikirim oleh semua #Budieyators #HappybirthdaySitiNurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Ramli MS Enggan Komen Isu Gambar Instagram Alyah

Hyunmin A Kini Tubuh Kumpulan HICC Boy