in , ,

“Ha Masuk!” Trending Video Kak Lina Pom Pom Ajak Warganet Sahut Cabaran 4 Dara

Siapa ingat lagi drama Kampung People di Slot Lestary TV3 yang mendapat perhatian rakyat Malaysia pada tahun lepas? Drama Kampung People dikatakan sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua, dengan penambahan beberapa pelakon baru untuk membawa sedikit kelainan.

Beberapa hari lalu, Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara ini dan mencabar warganet untuk menyambungnya. Video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan hampir 10,000 komen.. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.

Terdapat beberapa orang selebriti dan influencer di media sosial turut menyahut cabaran Kak Lina Pom Pom… dan ini adalah sebahagian daripadanya. Amaran, tak usah nak volume up suara telefon bimbit kerana mungkin akan mengakibatkan anda sakit telinga. High pitch!

Lakonan mantap Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom sebagai Mona dalam drama Kampung People kembali lagi dalam musim kedua kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

"Ha Masuk!" Trending Video Kak Lina Pom Pom Ajak Warganet Sahut Cabaran 4 Dara

Umum sedia maklum yang Kak Lina Pom Pom seorang yang sporting dan ‘masuk air’ sehingga membuatkan orang senang terhibur dengannya.

Tengok sahajalah lenggok jalan dan gaya percakapannya yang sentiasa menarik orang ramai.

Buat yang mengikuti drama Kampung People 2 pastinya ada yang perasan satu babak yang mana Mona sedang membersihkan rumah dan menyanyikan lagu berjudul Empat Dara.

Kemudian datang ibunya dalam drama itu yang dilakonkan oleh Adibah Noor menyambung lagu tersebut.

Terbaru, Elly Mazlein nyanyi semula lagu Empat Dara ini dan mencabar warganet untuk menyambungnya.

Dalam video berkenaan, Elly yang mengenakan sehelai selendang bercorak menyanyikan lagu terbabit dengan gaya bersahaja yang mana disifatkan netizen seperti gaya kumpulan nasyid Al-Jawaher.

Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.

Antara selebriti yang menyahut cabaran ini ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Shamsul Ghau Ghau, Bob Yusof, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim dan ramai lagi.

Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.

Dah macam acik-acik marhaban taww suara gituu… hahahhahahaha..berdekak laa.

Siapa tengok banyak kali angkat tangan.

Aku stress hari ni, jumpa jugak hiburan buat tegang pipi di petang hari.

Hahahahahha berdekah! Berulang kali aku tengok.

Terbaru, Kampung People 2 bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor yang bakal memegang watak baharu dalam drama komedi itu.

Terang Adibah Noor, dia akan memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona yang dilakonkan oleh Elly Mazlein

Apabila ditanya tentang keserasian beliau bersama para pelakon sedia ada, Adibah Noor menjelaskan dia pernah beberapa kali berjumpa dengan Elly Mazlein dan yakin mereka mampu mencipta keserasian.

Korang nampak tak apa yang Kak Lina cuba buat? Sekurangnya dia nak mengembalikan semula irama etnik kreatif di negara kita. Cabaran Elly kali ini sedikit sebanyak menyemarakkan semula lagu irama tradisional yang semakin dilupakan golongan muda masa kini.

Lagu Empat Dara sebelumnya adalah milik Allahyarhamah Sharifah Aini yang dimuatkan dalam album Dewi Seri Malam sebelum dinyanyikan semula oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza tahun ini, Noraniza Idris menerusi album Iboq yang dipasarkan pada tahun 2000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kesian Dekat My Husband,” – Nabila Huda Kecewa Keguguran Kali Kedua

Keistimewaan Kek Lapis Sarawak Dalam Telemovie LAPIS LAPIS CINTA