in ,

Kedai Gunting Rambut & Salun Tidak Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan kerajaan tidak akan membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Pengumuman itu dibuat susulan kebenaran terdahulu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menyenaraikan perkhidmatan itu sebagai salah satu industri yang dibenarkan beroperasi jika mendapat kelulusan.

“Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) dah buat keputusan iaitu kedai salon dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan operasi sepanjang PKP ini dilaksanakan.

“Harap (penjelasan ini) jawab segala soalan rakyat. Tidak ada lagi isu, kedai (gunting) rambut tidak dibenarkan operasi,”

– Ismail Sabri Yaakob
Barber Kedai Gunting

Pengumuman yang dibuat dalam sidang media harian itu sekaligus meredakan kebimbangan ramai sebelum ini yang khuatir penularan wabak COVID-19 akan bertambah teruk sekiranya kedai-kedai gunting ini dibenarkan beroperasi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan tiada aktiviti penganjuran bazar ramadan dibernarkan di seluruh negara untuk tahun ini menjelang bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai tujuh sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi bagi fasa tiga PKP bermula 15 April ini, antaranya kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan perdebatan ramai berikutan kebimbangan kemungkinan wujud kluster baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia di premis berkenaan. 

Semalam, majoriti pengusaha kedai gunting rambut, dilaporkan sanggup menanggung kerugian dengan menutup kedai, berbanding menjalankan operasi dan berdepan risiko penularan jangkitan COVID-19 ketika PKP fasa ketiga berkuat kuasa hingga 28 April ini.

Keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi sebelum ini menerima reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada yang menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam 2020 | 19

TV ALHIJRAH Lancar Mycarecov19 Sistem Sokongan Suntik Semangat

Zara Zya White | 20

Zara Zya Kini Bahagia, Ini Pula Komen & Reaksi Hafreez Adam