in

Gun N Roses di Konsert F1 Malaysia 2013 di Sepang International Circuit

Kalau tahun lalu peminat-peminat muzik tanah air kecewa apabila konsert sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang sepatutnya menampilkan penyanyi diva Kylie Minogue & Kelis sebab dibatalkan di saat-saat akhir.

Kekecewaan anda semua akan terubat kerana kehangatan F1 edisi ke-15 tahun ini bakal menampilkan konsert julung-julung kali, band lagenda Rock Amerika, Gun N Roses, percuma! Diulangi, PERCUMA! Tak perlu bayar apa-apa!

Berita ini diumumkan sewaktu pelancaran F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 yang telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, turut hadir Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Kuala Lumpur, Datuk Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas serta Pengerusi SIC, Dato’ Mokhzani Tun Mahatir. Majlis berlangsung di Esplanade KLCC pada 29 Januari lalu.

guns_n_roses

Persembahan yang gerenti gempak daripada kumpulan ini hanya eksklusif untuk penonton-penonton F1 di Litar Antarabangsa Sepang. Konsert akan berlangsung pada 24 Mac 2013, sejurus selepas tamat perlumbaan dari 11 pasukan F1 terkemuka dunia. Menerusi belian tiket zon Granstand perlumbaan F1, anda dapat menyaksikan secara live pemuzik-pemuzik Rock lagenda dunia ini!

Lebih istimewa, sempena F1 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 24 Mac 2013, tahun ini pihak penganjur iaitu SIC (Sepang International Circuit) menawarkan pakej ‘One Ticket Unlimited (1TU)’ yang pasti memberikan keistimewaan untuk anda menikmati keseronokan serta kehangatan acara sukan permotoran bertaraf dunia ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan cepat tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 anda menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com atau datang terus ke kaunter KL Sentral sekarang sehingga 24 Januari 2013 atau di KLCC mulai 15 Februari hingga 24 Mac 2013. Istimewa kepada pemegang kad Maybank Visa dan kad Master Credit atau kad Debit, boleh dapatkan iket-tiket dengan potongan harga 25%.

Kepada pelajar-pelajar juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket menerusi promosi ‘Beli 1, Percuma 1’ dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) untuk zon Main Grandstand of Topaz, Citrine, Tower North & Tower South mulai sekarang sehingga 17 Mac 2013.

Selain itu Selain dari itu, konsert istimewa untuk rakyat Malaysia turut diadakan di KLCC.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dermalogica Lancar Rangkaian Produk Daylight Defense System

Anuar Zain Cipta Sejarah Tiket Konsert RM1,200 Paling Awal Habis