in

GUA MUZIK.COM.MY EVOLUSI DUNIA MUZIK ‘ONLINE’

Portal hiburan dan gaya hidup ‘online’ terbesar, gua.com.my, kini mengukir satu sejarah apabila secara rasmi melancarkan platform muzik terbaru iaitu guamuzik.com.my. Portal muzik yang sehingga kini mempunyai 300, 000 koleksi lagu pelbagai genre, akan menambah katalog mereka sehingga mencecah 700, 000 buah lagu bagi penghujung 2009. Guamuzik.com.my akan menjadi satu nukleus dalam menjana evolusi dunia muzik digital dan ‘online’ di Malaysia.

Dalam menjayakan platform terbaru ini, pihak GUA telah bekerjasama dalam pelbagai label tempatan dan antarabangsa untuk memperolehi pelbagai genre lagu. Dari lagu Metallica ke S.M Salim ataupun Tan Sri P. Ramlee, semuanya boleh dibeli dan dimuat turun hanya beberapa langkah di dalam portal ini. Objektif penubuhan guamuzik.com.my adalah untuk menyediakan bahan terbaik bagi memenuhi selera pendengar dari pelbagai sempadan geografi dan demografi.

Mengenai lagu-lagu yang dimuat turun melalui portal ini, Encik M. Zulkifli Abd Jalil memberi jaminan ianya adalah kualiti terbaik di pasaran. Dengan format WMA pada kadar 126bits, menjadikan ianya boleh dimain pada pelbagai gajet serta di’burn.’ Dengan harga yang cukup murah iaitu RM 3 hingga RM 5 bagi setiap lagu, membolehkan setiap peminat membuat kompilasi album mereka sendiri dari lagu-lagu yang dimuat turun. Ianya akan memberikan satu kepuasan yang tidak akan didapati melalui pembelian album.

Namun, bagi M. Zulkifli sendiri, sedar mengenai lagu-lagu yang dimuat turun secara tidak sah, namun, di gua muzik, setiap pembelian akan diberikan nilai tambah dan bagi jumlah tertentu, pembeli akan menerima muat turun percuma bergantung kepada kuantiti yang ditetapkan. Selain dari itu, pembeli juga boleh membuat ‘pra dengar’ selama 30 saat sebelum lagu itu dimuat turun.

Menurut Johan Nawawi, pengurus bagi Nu Music, usaha yang dihasilkan oleh tenaga kerja GUA Muzik cukup dibanggakan. Usaha penyelidikan selama lebih 10 tahun, akhirnya menjadi satu realti. Selain dari itu, Johan melihat GUA Muzik, bukan sekadar satu platform untuk menjual dan memuat turun muzik bahkan ianya satu medium untuk mempromosikan muzik tempatan ke antarabangsa.

“Jika sebelum ini, pemuzik terpaksa membuat kulit album, mastering, promosi dan pemasaran yang memerlukan belanja yang besar, kini, melalui guamuzik.com.my, semuanya menjadi begitu mudah. Segala promosi dilakukan oleh GUA sendiri,” jelas Johan “Artis rakaman perlu mengambil peluang ini ketika industri muzik semakin tenat.”

Untuk memastikan pelaburan yang cukup besar ini berbaloi, pihak pengurusan Alt Media, telah memulakan langkah promosi samada secara bercetak atau elektronik. Namun, menurut Encik M. Zulkifli, promosi dan pemasaran melalui atas talian menjadi satu keutamaan kerana kumpulan tumpuan adalah mereka yang selalu melayari internet.

Selain dari itu, GUA Muzik menyeru mana-mana artis atau kumpulan ‘indie’ yang mempunyai lagu untuk ditempat di portal ini. Demikian juga kepada sesiapa yang mempunyai koleksi-koleksi lagu yang jarang di didapati tampil untuk ditempatkan di sini. Namun, pihak yang berkaitan, akan memantau dan menilai lagu-lagu berkenaan bagi memastikan mempunyai kualiti dan yang penting, ianya memenuhi selera pendengar muzik.

Portal muzik terbesar di negara ini yakin, dengan kemudahan yang terkini, mudah dan memenuhi selera peminat akan menjadikan ianya satu platform evolusi dunia muzik Malaysia. Guamuzik.com.my yakin, menjelang hujung tahun 2008, lebih 100, 000 lagu akan dimuat turun melalui portal ini. Ini kerana melalui promosi serta kandungan yang sesuai, objektif ini akan dapat dicapai.

[tags]Ne-Yo, Stargate, Tricky Stewart, The Dream dan Jermaine Dupri. Di dalam album ini tersenarai beberapa lagu yang menarik seperti Can’t Be Good, Discipline, Rock With U, gua.com, utusan melayu, jawi, download, mp3, new song, hits songs, usa list, bad list, Never Letchu Go, So Much Betta dan What’s Ur Name, Rodney Jerkins, 5, world-class restaurants, Asia, japanese, malindo[/tags]

84 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Readers ToGether Gather ke 6 – Filem Congkak

Senarai Penyampai Trofi & Persembahan Anugerah Industri Muzik 15