in

Green Sunny Christmas Magical Chrismas Musical di Hari Krismas RTM

HIBURAN MUZIKAL DAN DRAMA MUZIKAL KHAS KRISMAS DI RTM

Kepada anda penggemar program hiburan, istimewa sempena perayaan Hari Krismas ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya berhibur dengan program muzikal dan drama muzikal menarik iaitu Green Sunny Christmas disiarkan dua episod pada 24 dan 25 Disember 2008 (Rabu dan Khamis), jam 12.30 tengah malam dan Katherine Comes Home dua episod berturut-turut pada 25 dan 26 Disember 2008 (Khamis dan Jumaat), jam 9.00 pagi iaitu masing-masing menerusi RTM2. Selain Magical Chrismas Musical bersiaran pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 12.05 tengah hari di RTM1.

Green Sunny Christmas sebuah rancangan muzikal yang akan memaparkan penghibur daripada berbilang kaum dalam menyajikan persembahan yang menggabungkan unsur evergreen dan lagu Inggeris popular.

Rancangan akan diacarakan oleh seorang pengacara yang ceria dan aktif dengan pilihan penerbit adalah artis yang sedang meningkat naik Ashvin Nair yang juga akan menyampaikan lagu-lagu terbarunya.

Rancangan ini akan menggabungkan pengacara di studio dan persembahan artis yang akan dibuat secara klip video di lokasi bersesuaian dengan tema dan perayaan krismas.

Hiburan kemudiannya berterusan dengan drama muzikal dua episod, Katherine Comes Home yang mengajak penonton berkongsi kisah dua beradik iaitu Jeremy dan Joanne, anak kepada pasangan Dr. Francis Fernandez dan Dr.Suzanne. Kerana kesibukkan kerja, mereka memutuskan untuk mengambil pengasuh menjaga keduanya iaitu Madam Christina.

Joanne senang dengan keputusan ibu bapanya itu tetapi sebaliknya pula bagi Jeremy yang nakal. Pelbagai cara digunakan Madam Christina untuk menyedarkan Jeremy tetapi dia tetap dengan sikap nakalnya. Sementara itu Joanne pula semakin rapat dengan Madam Christina yang kerap meluangkan masa mendendangkan lagu krismas dengan pengasuhnya itu.

Sementara itu anak Madam Christina, Khaterine yang sebaya dengan Joanne begitu bersungguh mahu menyertai kumpulan koir di Gereja St. Anthony Kuala Lumpur. Hasratnya mahu dipenuhi Dr. Francis dan isterinya, Dr. Suzanne.

Kebetulan malam sebelum kehadiran Katherine, Madam Christine menceritakan kisah dongeng Hansel dan Gratel kepada dua beradik itu sambil menyelitkan pengajaran erti persaudaraan kepada keduanya. Suasana krismas semakin terasa dengan kehadiran Katherine di mana Joanne mendengkan lagu kegemaran Katherina bersama-sama. Pastinya krismas tahun itu menjanjikan perubahan dalam diri Jeremy yang insaf dengan kelakuan nakalnya sebelum ini.

Tirai program muzikal menarik di RTM dilengkapkan dengan Magical Chrismas Musical yang memberikan seribu satu pengajaran kepada kanak-kanak bernama Angelina yang suka membantah kata ibu bapanya.

Kisahnya bermula apabila Angelina merajuk dan mengunci diri dalam bilik. Alasannya dia tidak mahu membantu ibu bapanya melakukan persiapan untuk Hari Natal yang bakal menjelang. Dia terus berkurung di bilik sambil memejamkan mata.

Tiba-tiba dia terdengar suara di luar tingkap dan dia terlihat Santa Claus sedang memanjat di luar. Dia lalu memujuk Santa Claus untuk mengikutnya memberikan hadiah. Mulanya Santa Claus tidak bersetuju tetapi akhirnya dia akur membawa sekali Angelina bersamanya yang tiba-tiba ada kuasa mengapungkan diri untuk terbang.

Mereka kemudiannya sama-sama melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Tetapi kehadiran mereka seakan-akan limunan kerana tiada seorang pun yang sedar kehadiran mereka. Pada masa sama, Angelina dan Santa Claus turut menyanyi bersama-sama orang ramai yang menyanyikan lagu-lagu krismas bersama keluarga.

Suatu ketika, Angelina berasa rindu terhadap ibu bapanya. Ketika mahu pulang tiba-tiba Angelina hilang kuasa mahu mengapungkan dirinya dan tergelincir. Namun berjayakah Angelina kembali semula ke pangkuan keluarganya?

Pastikan anda tidak lepaskan peluang berhibur sempena cuti perayaan krismas ini menerusi Green Sunny Christmas disiarkan dua episod pada 24 dan 25 Disember 2008 (Rabu dan Khamis), jam 12.30 tengah malam dan Katherine Comes Home dua episod berturut-turut pada 25 dan 26 Disember 2008 (Khamis dan Jumaat), jam 9.00 pagi iaitu masing-masing menerusi RTM2. Selain Magical Chrismas Musical bersiaran pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 12.05 tengah hari di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHIDMAT NASIHAT DAN RUNDING CARA SECARA PERCUMA

Zainal Ariffin Ismail Dalam Misteri Nusantara TV3 Musim Terbaru