in

Grand Finale Pertandingan UNIQLOOKS Malaysia

Gaya Individu Menyerlah Acara Kemuncak UNIQLOOKS

Berbekalkan hanya gaya dan kreativiti tersendiri, 20 orang warga Malaysia telah dipilih dengan teliti sebagai finalis pertandingan UNIQLOOKS Malaysia. 20 peserta ini yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita telah berentap sempena Acara Kemuncak UNIQLOOKS Malaysia. Pemenang UNIQLOOKS, seorang lelaki dan seorang wanita, akan menerima pakej percutian 5 hari, 4 malam ke mana-mana bandar utama di dunia yang memiliki sebuah kedai UNIQLO. Sebagai tambahan, kedua-dua pemenang juga menerima pengiktirafan gaya daripada para pakar fesyen terulung serta artis hiburan Malaysia.

Proses pemilihan 20 peserta terbaik adalah berasaskan beberapa faktor yang termasuk keupayaan para peserta untuk mencampur dan memadankan pakaian mereka, memberikan pos istimewa, keyakinan di sebalik kamera serta kreativiti.

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

“Kami amat berminat untuk melihat bagaimana warga Malaysia mengekspresikan diri mereka sendiri melalui pakaian semasa kami melancarkan pertandingan ini. Berlandaskan latar belakang budaya yang kaya di Malaysia, sudah pasti para peminat kami akan memberikan perspektif penggayaan yang baru untuk UNIQLOOKS,” kata En. Satoshi Onoguchi, Pengarah Urusan UNIQLO (Malaysia) Sdn. Bhd. dan UNIQLO (Singapore) Pte. Ltd.

Diiktiraf oleh Nicola Formichetti, jurugaya Lady Gaga, UNIQLOOKS, sebuah ‘look book’ global maya, adalah satu koleksi foto yang dijana oleh para pengguna. Para pengguna menggayakan dan mengeskpresikan gaya peribadi mereka dengan mencampur dan memadankan pakaian UNIQLO yang paling sesuai dengan mereka. Berdasarkan satu koleksi gaya global, laman web UNIQLOOKS adalah satu sumber inspirasi bagi orang ramai, daripada orang ramai di segenap pelusuk dunia.

Latar belakang Pertandingan UNIQLOOKS Malaysia
Bagi memperkenalkan portal berinspirasikan fesyen kepada warga Malaysia, UNIQLO menjadi hos bagi pertandingan UNIQLOOKS buat pertama kali di Malaysia. Warga Malaysia digalakkan untuk menambah kepada koleksi ini dengan mempersembahkan gaya peribadi tersendiri dalam penyertaan mereka.

Dalam masa tiga minggu yang lepas, bermula dari 1hb Jun hingga 21hb Jun, warga Malaysia menghantar gaya mereka di laman web UNIQLOOKS Malaysia (http://uniqlooks.uniqlo.com/malaysia.html). Selepas penyertaan diserahkan, gaya para peserta dibuka untuk diundi orang ramai; ini akan membentuk 30% daripada proses pemilihan peserta terbaik Top 20.

UNIQLO membuka kedai pertama di Malaysia di Fahrenheit88 pada bulan November 2010, sekaligus menyediakan pakaian yang memberikan keselesaan dan versatiliti kepada konsumer. Dihasilkan mengikut falfasah Direka Untuk Semua , pakaian UNIQLO bertujuan memberi inspirasi kepada warga Malaysia untuk menerima gaya dan personaliti peribadi mereka.

“Kami mahu memperkasakan orang ramai untuk mempamerkan gaya tersendiri bersama pakaian UNIQLO yang ditempah khas bagi menepati citarasa individu setiap pelanggan. Produk-produk kami direka agar orang ramai boleh mempamerkan gaya dan ekspresi unggul walaupun dengan produk yang paling asas” tambah beliau.

En. Onoguchi turut bersama pakar fesyen dan selebriti tempatan seperti Jurugaya Selebriti, Cheah Wei Chun; Model popular, Tengku Azura; DJ Extraodinaire, DJ Goldfish; Artis Solekan Selebriti, Geraldine Loy; Duta UNIQLO, Carmen Soo; dan Pelakon Wanita, Lisa Surihani; untuk memberi nasihat pakar dalam proses menyenarai pendekkan 20 orang finalis teratas.

Pemenang Hadiah Utama untuk UNIQLOOKS
Majlis malam ini menyaksikan Fya Zainal, 26, Pereka Grafik dan Saiful Hifzudeen, 25, Jurutera Kimia pulang membawa hadiah utama. Fya memenangi pertandingan ini dengan menggayakan colour blocking dengan kardigan, tank top ungu dan skaf dari UNIQLO. Pemenang bersama UNIQLOOKS Malaysia, Saiful menyerlah dengan gaya smart casual funky dengan jaket kelabu linen.

Memberi komen mengenai kemenangan mereka, Fya berkata “Saya masih tidak percaya kami telah memenangi pertandingan ini! Ia satu pengalaman yang amat menyeronokkan bagi kami untuk bereksperimen dengan pakaian kami, menerapkan gaya tersendiri kami dan mewujudkan satu gaya yang sememangnya unik.”

“Saya memang seorang peminat besar UNIQLO. Menyertai pertandingan ini bukan sahaja membolehkan saya menikmati peluang mengekspresikan diri melalui pakaian saya, malah turut memberi peluang untuk bertemu dengan para peminat lain yang berkongsi minat dan menyertai pertandingan ini. Pengalaman ini begitu berharga buat saya,” kata Saiful.

Dua Pemenang Hadiah Utama UNIQLOOKS Malaysia ( percutian 5 hari, 4 malam ke mana-mana bandar utama di dunia yang memiliki sebuah kedai UNIQLO)
1. Fya Zainal, 26, Pereka Grafik
2. Saiful Hifzudeen, 25, Jurutera Kimia

Lapan Pemenang Tempat Kedua (Baucar RM500 UNIQLO seorang):
1. Deanna Ibrahim, 28, Model
2. Adrien Ritzal, 25, Pereka Hias Dalaman
3. Kittie Yiyi, 22, Freelancer
4. Ashman Mahfudz, 22, Blogger
5. Sun Khiew, 27, Jurugaya
6. Akmal Mhd, 25, Pereka Grafik
7. Sam Wong, 30, Pereka
8. Ridduan Ismail, 22, Pelajar

Para konsumer boleh melayari laman web UNIQLOOKS Malaysia untuk melihat gaya para pemenang di http://uniqlooks.uniqlo.com/malaysia.html atau melayari laman Facebook UNIQLO Malaysia di http://www.facebook.com/uniqlo.my untuk gambar-gambar acara kemuncak pertandingan ini.

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Latar belakang UNIQLO dan Fast Retailing
UNIQLO adalah sebuah jenama Fast Retailing Co. (FR), sebuah syarikat pemegangan runcit global Jepun yang terkemuka yang merekabentuk, mengeluarkan dan menjual pakaian di bawah lima jenama: Comptoir des Cotonniers, g.u., Princesse tam.tam, Theory, dan UNIQLO. Berdasarkan jualan global bernilai 820 bilion yen bagi tahun kewangan 2011 yang berakhir pada 31 Ogos, 2011, FR adalah syarikat runcit pakaian keempat terbesar di dunia dan UNIQLO adalah peruncit khas paling terkemuka di Jepun.

Hari ini, UNIQLO memiliki lebih dari 1,100 kedai di seluruh dunia, khususnya di A.S., U.K., Perancis, Russia, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand dan Korea, serta Jepun. UNIQLO terus melancarkan kedai berskala besar di bandar-bandar dan lokasi yang paling penting di dunia, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memantapkan kedudukannya sebagai jenama global yang sejati. UNIQLO menjalankan model perniagaan berintegrasi yang mana ia merekabentuk, mengeluarkan, memasarkan dan menjual pakaian kasual berkualiti tinggi selaras dengan falsafah ‘Direka untuk Semua’.

Berbekalkan pernyataan korporat yang komited ke arah mengubah pakaian, mengubah pengetahuan konvensional dan mengubah dunia, FR kekal berdedikasi ke arah menghasilkan pakaian hebat beserta nilai unik lagi baru bagi memperkayakan kehidupan orang ramai di serata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai UNIQLO dan syarikat-syarikat FR lain, sila layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com

Grand Finale Pertandingan Uniqlooks Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Image Format Post

Just Released – Lamborghini Aventador, Awesome Teaser