in

Gossip: Salleh Yaakub Nikah Anak Tan Sri?

Menurut artikel di Utusan Malaysia hari ini ada mengatakan ura-ura pelawak Salleh Yaakub akan kawin satu lagi menggenapkan 4 orang isteri. Kalau betul, tahniah lah. Kahwin pula dengan anak datuk.

Salih Yaacob nikah anak Tan Sri?

Tak sangka ya dalam diam-diam pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 48, nak “pasang” satu lagi. Ada khabar angin mengesahkan Salih akan berkahwin dalam waktu terdekat ini dengan seorang gadis berusia 29 tahun.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Niezam, majlis kahwin tersebut akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

“Kalau tak ada aral melintang dia orang akan kahwin pada 13 Mac ni. Majlis akan dibuat di sebuah hotel terkemuka. Pergilah intai,” kata sumber tu.

Kalau Salih dan wanita itu sah jadi suami isteri, ini bermakna Salih mempunyai empat orang isteri. Dahsyat. Kali terakhir dia kahwin pada tahun 2007 dengan Norfarawahida Sulaiman di Alor Setar Kedah. Hebat betul Salih Yaacob ni. Mampu “pasang” empat nampaknya. Ada sesetengah orang tu sampai nak pencen pun tak merasa peluk bini.

Baguslah kalau Salih mampu berkahwin. Lagipun ramai perempuan sekarang suka lelaki yang berusia dan berpengalaman. Asalkan dia pandai jaga rumah tangga, isteri-isteri tak tarik rambut dan baling pinggan mangkuk sudahlah.

Niezam sempat juga mengorek rahsia. Gadis tersebut dikatakan anak tunggal kepada ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Si gadis juga seorang usahawan dan mempunyai rangkaian restoran di beberapa negeri. Kata sumber itu lagi, perkenalan Salih dengan si gadis bermula ketika Salih mengendalikan siaran pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid di radio Sinar FM.

Kerana terlalu minat celoteh Salih, dia terus menghubungi stesen radio itu untuk berborak. Tak sangka pula sempat bertukar-tukar telefon dan terus jumpa seperti artis dan peminat. Masa jumpa itulah Salih meluahkan hasrat nak kahwin dengan gadis tersebut. Begitulah ceritanya.

Dalam masa yang sama sumber tersebut turut memberitahu, isteri-isteri Salih yang lain merestui perkahwinan berkenaan. Tahniahlah Abang Salih. Hasil perkahwinan selama ini, dia dah ada 11 orang anak tidak termasuk kandungan isteri ketiganya yang kini berusia 4 bulan. Lepas ni kira 12 oranglah.  Jangan lupa boleh beli bas mini senang sikit nak balik kampung. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh

Trivia: Jam Quicksilver Selebriti Mana Ni?